Sunday 26 October 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

Sebagai orang Melayu,bila ada orang bercakap pasal BM aku rase tak salah aku menyampuk dalam kalut Pemilihan Gerombolan United Malays National Organization ni.Aku bukan racist tapi seorang realist yang tak larat dengan taktik kotor sebahagian kaum di Malaysia ni yang nak menangguk di air keroh. Ya memang akan ada puji dan kejinya kerajaan Pulau Pinang mengguna kan pelbagai bahasauntuk papan tanda.Tapi suka aku nak mengomel sket tentang hal ni dengan kite tgk balik ape yang tok nenek kite buat satu mase dulu mase kerajaan Melaka menjadi tumpuan dunia.

Melaka jadi tempat singgah macam2 orang.China,India.Siam,Jawa,Bugis,Arab yang putih yang hitam yang coklat yang kuning.Maknenye dari dulu lagi Tanah Melayu ni dah menjadi medan pertukaran budaya,bahasa,agama dan adat resam.Kita tak boleh nak nafikan yang dari dulu lagi Tanah Melayu ni menjadi terlalu kompleks diresap pelbagai elemen baik positif mahupun negatif.Kita lupekan kejap yang negatifnye namun kepelbagaian bahasa ketika itu aku rase tak pernah menjadi masalah.Ya memang Bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu namun tidak pernah kita terdengar Sultan Melaka keluarkan perintah "HARAMKAN BAHASA-BAHASA LAIN DI NEGERI BETA INI".

Sepatutnya tidak akan ada masalah bila bahasa selain Bahasa Melayu digunakan dalam kehidupan seharian kita.Kita nak nafikan orang Cina dan orang India pun rakyat Malaysia. Sudah tentu tidak bukan.Aku tengok ade bebrape punca kepada masalah ni.

1)Masalah dalaman penutur Bahasa Melayu itu sendiri.
Puak2 yang berkenaan jangan melenting.Semua sedia maklum tulisan jawi yang menjadi sumber Bahasa Melayu jugak di gugurkan pengunaanya di sekolah sekolah oleh orang Melayu sendiri satu ketika dahulu.Apa rasionalnye.Adakah mundur jika kita belajar tulisan jawi.Tak up to date,kolot,ketinggalan zaman. Jadi bile perkara ini berlaku umum akan menganggap tidak ada nilainya bahasa ini.Asasnya pon tidak lagi di ajar.Orang Melayu sendiri tak suke tulisan jawi.Bukankah tulisan jawi tu pon sebahagian dari Bahasa Melayu.Penjajah mai baru dieorg introduce rumi.

Kemudian kita di kejotkan lagi dengan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan kita semua ma'ruf sape yang bertanggungjawab dalam hal ni.Bukan YB Lim Kit Siang,bukan salah YB Xavier.Ini satu lagi contoh betapa penutur BM ini sendiri pon tidak lah peka dengan bahasa ini.Pelbagai cadangan dari pakar-pakar bahasa dan pendidikan membantah hal ini.Katenye supaye kite mahir berbahsa Inggeris.Celah mane nak belajar Inggeris dalam Math.Bacelah Charles Dicken ke,Hemingway ke Shakespeare ke.Namun nasik dah jadi bubur.Lepas terpancut mcm mane nak masuk balik.

Baru-baru ni jugak ada lagi kangkong ntah dari mane ntah buat syor nak kurang kan lagi pembelajaran komponen sastera melayu(komsas)di sekolah-sekolah menengah.Kununnya pelajar-pelajar boring dan susah nak faham.Kite gantikan dengan sastera picisan cerita cinta yang ntah hape,novel baru segar yang belum tahu kualiti sasatera nye yang hanye buat penoh poket menjual sasatera rubbish.Sehinggakan Sasterawan Rakyat A.Samad Said pun menegur perkara ni.Apa lagi yang tinggal pada Bahasa Melayu ni.

Seperkara lagi sikap penutur Bahasa ini lagi bile bercakap dengan bangsa lain yang aku fikirkan perlulah di ubah. Bila kita cakap dengan Cina,"Towkey ar,lu ada jual benih tomato ar.Itu hali lu janji mau bagi ma".Sampai kiamat pun towkey tu tak kan tau cakap Melayu dengan betul.Macam mane die nak betul kite sendiri cakap lintang pukang dengan die.Kalau dengan India plak"Ane,lu bungkus kacang merah satu kilo.belakang lu kasi sama saya gula ampat kilo,belakang itu surat khabar kasi hanta saya punya rumah.itu peti surat dalam taruk". Ape mende ni.

2) Masalah luaran yang berpunca dari sikap penutur Bahasa Melayu jugak
Aku penah bebual bual dengan lecturer aku satu masa dulu.Kes nya begini.Perkataan London apa bila ditutur dalam Bahasa Inggeris,"I'm going to London tomorrow". Atau dalam Bahasa Melayu nye "Saya akan ke London esok".Tapi perhatikan perkataan Melaka."Melaka akan mengurniakan pingat Dato' pada Shah Rukh Khan penjual kacang terkenal di India"tapi dalam Bahasa Inggerisnya"Mallaca will be awarding a Dato' title to Shah Rukh Khan a famous nut seller in India". Kenapa kita mengalah dalam hal ni.Sape yang bagi hak pada pakar bahasa Inggeris untuk mejebut Melaka sebagai Mallaca tapi London kekal dalam Melayu atau Inggeris. Sehingga hari tak ade satu makhluk pon nak pertahan kan perkara kalau kite ni pejuang Melayu sangat.Kenapa hilang kemutnye.

Jadi sape yang salah dan punce kalo nasib Bahasa Melayu kununnye tergugat sangat.Apa yang harus kite buat.Kembali berututur dengan Bahasa Melayu dengan betul macam kempen Lets speak good English di Singapura(mana yg baik kite ikot la).Bukan aku suroh cakap macam dalam kelas tatabahasa.Saya Ahmad.Saya tinggal di Kuala Lumpur.Bapa saya bekerja sebagai kontraktor kelas F.Cuma sebutan dan nahu jangan tunggang terbalik. Luas kan pembelajaran sastera Melayu dan mulakan pelajar-pelajar sekolah rendah berjinak-jinak dengan Shanon Ahmad.A.Samad Ismail,Azizi Abdullah,A.Samad Said.Biar mereka kenal dulu.Dieorang akan bekembang dari situ.Masakan sajak 'Aku' punya nya Chairil Anwar ditulis di dinding sekolah.Gampang aja.Jangan jadikan Bahasa Melayu asing kepada kaum lain.Aku puji masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka dan sebahagian besar kaum India dan Cina di Kelantan dan kampung-kampung.Bercakap bahasa Melayu tak jejas sikit pon budaya asal diorang.

Aku sikit pon tak nafikan hak bahasa-bahasa lain.Lagi banyak bahasa lagi bagus.takde sape boleh kelentong kite.Aku cume sedih bile orang melayu sendiri dah rosak kan Bahasa Melayu tapi melalak tudoh orang lain anti-Melayu.

Bagi aku kalau Pulau Pinang mengharamkan langsong bahasa melayu ditutur dan di diguna dalam urusan-urusan rasmi kita semua wajib marah. Tapi YAB Lim Guan Eng yang mengkagumi Umar Abdul Aziz itu tak sebodoh kangkong2 pengampu yang lain. Beliau rasional dan bukan ekstrimis racist. Kita bermuafakat dengan persamaan yang kite ade tapi berlapang dade dengan perbezaan yang kdg2 tak tak seberape pon.

Penat dah aku mencarut.Aku nak pegi carik Babrican dekat simsemah.

Saturday 25 October 2008

Siapa yang malu?mereka dan keluarga mereka(sebuah lawak lama)

Aku tak punya ijazah bergulung
Jauh sekali gelar Prof Kangkong
Berlagak sombong menjilat ponggong
Bercakap benar pon ke rumah pasong

Tapi aku rakyat marhain
Mencari benar tiada yg lain
Kalau silap perbetulkan cepat
Jangan sampai cabuk melarat

Apa sebenar nasib Bahasa
Orang sendiri tak rasa bangga
Pastu marah bagai nak gila
Ait kerajaan PP pulak yang jadi mangsa

Sains Matematik sapa yg tukaq
Sampai cikgu-cikgu dah tak larat nak ajaq
KLCC, KL SENTRAL,KLIA tu bahasa apa
Ingat sket bai ko kt mana

Sastera Melayu pon sape sgt yang kesah
Belajar lebih2 sket ramai yang kate susah
Drama Melayu pon lintang pukang
Harap kan rupe, bahasa,bakat huh cantik lagi longkang

Jangan cepat sangat nak menudoh sane sini
Jangan rakyat dijadikan mangsa lagi
8 Mac Malaysia kene Tsunami
Tanda yakin dah takde lagi

Ni bukan masalah perlembagaan
Bukan jugak masalah perkauman
Sesuaikan lah Bahasa ikot tempat & keadaan
Kalau Prof pon kepala serabut
Macam manelah anak murid nak ikot

Rakyat Malaysia kene terasa
Indonesia bersatu dalam bahasa
Ceruk mana pon mereka berada
Takde masalah tika berbicara

Apa lagi yang kite tunggu
Jangan menudoh bergasak selalu
Suke ke satu dunia ketawa kan kita
Sape yg malu?bukan mereka dan keluarga mereka

Kita dok ralit tak tau ape
Kalau tak sedar esok2 merane



Perangi Rasuah Cara Harun Hashim

Aku jumpe artikel ni dalam Detikdaily mase boring2 lepak depan PC member aku Ustaz R.

Oleh Mohamad Sabu
Naib Presiden PAS

Seminar mengenai rasuah dan permasalahannya pernah diadakan di sebuah kelab golf di Seremban. Pembentang utama dalam seminar tersebut ialah Tan Sri Harun Hashim. Ia diadakan tiga atau empat bulan sebelum Tan Sri kembali ke rahmatullah. Saya ikuti seminar tersebut dengan penuh minat, mendengar pandangan tokoh yang saya hormati dari sudut integriti dan etika.

Pemandunya terlewat datang dan hujan pula lebat, membolehkan saya berbual panjang dengan Tan Sri Harun dari hati ke hati, terutama pengalaman beliau membentuk Badan Pencegah Rasuah setelah diarah Tunku Abd Rahman.

Tan Sri mengingati kembali arahan Tunku kepadanya: "Hang bentuk satu badan untuk lawan rasuah, aku tak mau Malaya kita jadi macam negara pariah di keliling kita." Tunku merujuk beberapa negara jiran dilanda amalan rasuah yang amat tinggi.

Tan Sri membahasakan dirinya "patek" bila bercakap dengan Tunku Abd Rahman. Setiap kali ada orang besar Umno mahu ditangkap BPR di bawah Harun Hashim, Tunku lebih suka dilakukan ketika beliau berada di luar negara. Kalau berada dalam negara apabila penangkapan berlaku, maka kaum keluarga mangsa akan datang merayu pada Tunku, sedangkan Tunku tidak mahu campur tangan langsung dalam urusan BPR.

Beliau selalu teringat pesanan Tunku: "Hang ada bukti, hang tangkap, jangan kira sapa, cuma kalau hal besar, kalau boleh hang tangkap masa aku di luar negara." Menurut Tan Sri Harun, memang tidak ada langsung pesanan Tunku supaya "tangkap orang ini dan jangan tangkap orang itu".

Beliau menggambarkan betapa susah untuk membuktikan kesalahan kes-kes rasuah di mahkamah. Beliau mengakui rasuah hanya dapat diperangi dengan amalan etika pentadbiran yang bersih, berbanding undang-undang pencegahan rasuah.

Pengalaman beliau dalam pentadbiran yang dilatih PTD British dicurahkan kepada saya. Etika pentadbiran, sikap dan amalan pegawai kerajaan sekarang (di waktu perbualan itu) terhadap bencikan rasuah dan salah guna kuasa telah jauh merosot daripada etika pertadbiran yang diperkenal British.

Seseorang itu bukan hanya membuktikan ia bersih tetapi hendaklah juga dilihat bersih. Bukan semua yang membawa kenderaan melebihi kelajuan ditangkap oleh polis, secara random sahaja aau kebetulan ditangkap, yakni bila memandu laju, polis trafik pula ada di situ. Ribuan manusia menyertai demontrasi, yang ditangkap hanya beberapa orang untuk membuktikan ada undang-undang larangan berdemonstrasi tanpa permit.

Begitulah hal amalan rasuah, yang ditangkap dan dibuktikan adalah terlalu kecil. Tan Sri mengeluh bila membincang hal amalan rasuah terutama soal akhlak dan etika tidak dipedulikan lagi. Bagaimana kita mahu dilihat bersih memandangkan jika kita berjalan-jalan di sesebuah kawasan perumahan, kita akan temui rumah-rumah besar dan mewah yang dimiliki, misalnya pegawai juruteknik daerah yang berpendapatan RM1,500 hingga $3,000 tapi mampu membina rumah mencecah jutaan ringgit.

Bagaimana seorang pegawai polis yang bergaji antara RM2,000 hingga RM5,000 tapi mampu memiliki rumah mencecah jutaan ringgit dan mempunyai premis perniagaan yang banyak. Lihat pula pegawai yang terlibat dalam urusan tanah dan perbalakan, cara dan gaya hidup mereka tidak sesuai langsung dengan pendapatan.

Tan Sri Harun mengambarkan usaha perangi rasuah dan gejala rasuah berkurangan bukan dengan banyak penangkapan dan pendakwaan tetapi melalui satu sistem etika yang tinggi. Sudah tentu untuk melahirkan satu budaya bencikan rasuah dan salah guna kuasa ia mesti datang dari pemimpin-pemimpin negara, sama ada perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, menteri besar dan ketua menteri. Integriti dari atas ini boleh dipancarkan ke bawah. Masalanya, integriti dari atas itu hampir sudah tidak ada sekarang.

Saya teringat pandangan Tun Hanif Omar yang mengatakan lebih 40 peratus pegawai tinggi polis boleh didakwa kerana mengamalkan kehidupan seharian yang tidak sepadan langsung dengan pendapatan. Bagaimana pula dengan pegawai bomba, pegawai pejabat tanah, JPJ, JKR, apakah ia juga sama dahsyat seperti yang dimaklumkan oleh bekas Ketua Polis Negara itu, yang kini menjaga Genting Berhad.

Siri penangkapan terhadap pegawai JPJ, imigeresen dan kastam kebelakangan ini lebihmengesahkan pandangan Almarhum Tan Sri Harun Hashim itu. Saya teringat perbualan dan percakapan dengan orang yang dilatih oleh British dahulum seperti Tan Sri Harun Hashim, Tan Sri Ahmad Nordin, Hj Ismail yang menjaga Kohilal, hakim-hakim seperti Tun Sufian, Tun Saleh Abas dan banyak lagi pegawai yang berintegriti.

Elemen "dilihat bersih" itu sekarang sudah mulai hilang sama ada, daripada Perlis, Kelantan hinggalah ke Sabah. Revolusi pentadbiran dan etika memerangi rasuah dan salah guna kuasa mesti dimulakan, tetapi bukan oleh kerajaan BN yang ada sekarang, ia mesti dilaksanakan oleh kerajaan lain melalui pemimpin yang dibuktikan bersih dan dilihat bersih.

source:

Detik daily-Posted on Tuesday, September 16 @ 01:47:39 MYT by reformis

Aku dan Irbid


Kini genap sebulan aku di Jordan. Banyak pengalaman menarik yang aku dah kutip sepanjang aku di sini. Tak kurang juga yang pahit buat aku telan juga walaupun tak sanggup aku mamah. Hemm apa agaknya yang nak aku carutkan kan kali ini.Okeh aku nak sebut pasal bilik sewa aku. Rumah tiga tingkat ini dihuni oleh pelajar-pelajar senior (kebanyakan dak JAIS). Bukan pimple tapi simple sahaja bilik ini. Ada satu ruang cukop untuk aku meletakkan meja dan tilam buat pengalas tempat tidor. Tiga bilik semuanya. Sebuah dapur dan sebuah bilik ayor.Tapi ada jugak yang dua bilik macam bilik Ustaz R dan Dr. A. Bilik aku dihuni oleh Dr. Z selaku pelajar dentistry(paling otai dikalangan kami) dan Ustaz L yang mula hendak usha-usha awek arab di sini. Hemm apa lagi yek..Oh ye kat bangunan ni jugak ada rumah PERMAI (Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid). Persatuan zon di Jordan ini. Kalau di Mu’tah di panggil PERMATA. Kalau Mafraq PRISMA .Badan induk di Irbid ni la yang menguruskan segala tok nenek urusan student. Dari mula jejak kaki di Jordan, buka puasa, raya, residency sampai la perwakilan pelajar se Jordan. Badan-badan ini berfungsi sebagai badan kebajikan dan pengurusan kat sini. Kawasan ini memang penempatan student Malaysia la secara amnya. Baik laki mahupun pompuan. Umah aku tak la jauh sangat dari umah adik aku. Di atas bangunan ni ada penthouse atau di sebut suttuh oleh masyarakat setempat. Boleh la nak lepak-lepak time redup and belah malam. Kalau siang tengah panas nescaya menggelegak lak pale hotak sebab panas. Tapi skang ni musim sejuk or shitta’ makin dekat. Tak bape panas la belah siang. Dari rumah aku ke jamiah ada la lebih kurang sebatang rokok perjalanan(kalo isap cepat bleh sebatang agi rasenye) Yang memisah kan kawasan rumah aku dan jamiah adalah shari’ jamiah. Jalan ni sibuk juga lah. Especially malam orang agak ramai jugak la lepak2 tepi jalan ni. Ada kedai makan, ada kedai hp, ada kedai shisha, ade peniaga jalanan jual buku, jual dvd ade jugak yang jual anak ehek2 bukan anak orang tapi mainan anak kucing dan anjing. Kiteorang selalu jugak la lepak kedai makan Abu Mahmud. Ade kebab, shugah, shawarma. Tamar hindi die pon sedap. Waiter die pon ramah. Antara yang menarik kt umah aku ni jugak ialah malam-malam akan ade orang naik kuda sini. Kadang-kadang budak,kadang bapak budak yang bawak. Heh sempoi jugak orang2 sini. Ade kude lagi sebab selalunye kude ni mesti orang2 kaye je yang bawak kan. But not in Jordan. Mercedes,BMW, Hummer, Lancer budak-budak je yang bawak. Kadang-kadang yang lebih malang lagi buat teksi. Ya sebulan di Jordan banyak bende yang aku jumpe. Aku tak tengok ni sume sebagai satu yang asing bagi aku. Ini sume perbezaan budaya dan adat resam yang dah Tuhan janji kan dalam Kitab. Takde ape yang pelik takde ape yang jelik. So kalo lepas ini anta dengar orang memanggil anda Ali baba atau ada Arab yang menyebut “apa khabar”. Don’t worry. Because youre in Jordan. Welcome to Urdun. Sekang aku nak gi minom Barbican Strawberry. Lets get high.

Friday 24 October 2008

Alfatihah buat seorang nasionalis,sosialis,pejuang tulen Shamsiah Fakeh


Terase direntap jantung ni bile aku dapat berita Shamsiah Fakeh udah pulang ke rahmatullah.
Terase baru semalam aku baca memoir Shamsiah Fakeh tu.Terase baru semalam aku ngan Kimi bercakap-cakap nak jengok Shamsiah Fakeh atleast before aku fly.
Tapi nak buat macam mane.Tuhan lebih sayang die. Terus terang aku cakapkan aku bukan lah pemuja manusia. Namun semangat cekal Shamsiah Fakeh berjuang mengangkat senjata tika itu anak2 gadis hanye dudok dirumah,belajar masak,saat ramai pemuda-pemudi waktu itu ada yang leka dek momokan penjajah namun Shamsiah Fakeh bangun meniup api perjuangan menyedarkan anak watan ini bangun berjuang.
Beliau dengan cara beliau.Dari seorang gadis pelajar pondok sehingga mengetuai Angkatan Wanita Sedar(AWAS),berjuang bersama Rejimen 10 PKM,sehingga kematian anak kandungnye sendiri,hidup dirantau bertahun-tahun namun semangat kental Shamsiah lah yang patut sangat kita contohi.Lepas sorang-sorang Tuhan cabut nyawa saksi-saksi ambang merdeka ini.Entah bile agaknya kita nak sedar.
Jangan nanti dah habih dah rujukan-rujukan ni mengahadap Tuhan, baru terkial-kial. Sudah lah,cukup carutan aku kali ni. Aku nak carik Babrican buat hilang dahaga

Asalamualaikum(bukan lagu nasyid)

Aku tak pandai nak cakap banyak.sebuah sajak insan seni Chairil Anwar buat carutan pertama aku .aku tujukan khas buat semua pejuang,pencinta keadilan dan kedamaian.lets get high.

AKU

Kalau sampai waktuku

‘Ku mau tak seorang kan merayu

Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang

Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku

Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari

Berlari

Hingga hilang pedih peri

Dan aku akn lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Maret 1943

Aku Mengelamun Lagi.(monolog seorang pakcik Din)



Aku seorang Pakcik Din..kah kah kah

Suka minum air sirap…kah kah kah

Nak tau ngape…kah kah kah

Aku tak mampu nak beli Budweiser..kah kah kah

Ni air setan..kah kah kah

Kalo aku minum setan nak minom ape..kah kah kah

Aku takde rumah…kah kah kah..

Sebab rumah aku kene roboh..kah kah kah

Aku dudok atas tanah haram..kah kah kah

Haram jadah…kah kah kah

Sebab pemerintah aku tak tau polisi semua rakyat harus ada tempat berteduh..kah kah kah

Apa yang depa tau..kah kah kah

Besaq kan perot.. ..kah kah kah

Jangan bekerja(baca besarkan perot) untuk saya..kah kah kah

Marilah bekerja(baca besarkan perot) bersama- sama saya, anak isteri saya, menantu saya krono-kroni saya..kah kah kah

Aku takdak tanah..kah kah kah

Aku takdak harta..kah kah kah

Aku takdak kereta besar..kah kah kah

Sebab apa..kah kah kah

Pasal aku takdak lessen kontraktor kelas F..kah kah kah

Tak boleh buat asrama dinding runtuh..kah kah kah

Tak boleh buat lab computer syiling runtuh..kah kah kah

Tak boleh buat rumag dinding retak..kah kah kah

Aku selalu panas..kah kah kah

Sebab aku tak pandai kipas bos..kah kah kah

Aku tak pandai bodek sana bodek sini..kah kah kah

Sebab tu aku takdak kawan..kah kah kah

Aku pandai buat pantun saja..kah kah kah

Aku tak pandai cakap Monggolia..kah kah kah

Sebab tu aku tak boleh kongkek model dari sana..kah kah kah

Kalo boleh aku da lama letup kan dengan C4 abeh cerita..kah kah kah

Kah kah kah

Sudah la malas aku nak mencarut lagi..kah kah kah

Aku nak pegi Dilki beli Barbican..kah kah kah