Wednesday 12 November 2008

Pagi Yang Cerah

Ini bukan spoof lagu 'Pagi Yang Gelap' nyanyian band 'indie' Malaysia Hujan.Walaupun mereka ini bukan lah band indie pun.Kalau da start main kat Sure Heboh,Muzik-Muzik-Muzik,masuk t.v. sume tu apa lagi.Sama lah macam Spring,Scoin,Kristal kah kah kah.Dulu time aku lepak dengan pakcik aku kat 'lorong katak' dekat Central Market ada sorang kawan,Rudi, cakap,"Kalau nak tengok awek ramai datang la gig indie".kah kah kah.Ini lah sahaja yang jadi pendokong band geli-geli macam ni.Perempuan,glamour,masuk URTV,masuk Melodi kah kah kah.Masih menjadi alat impreliasma dan kapitalis kah kah kah.

Okeh enough is enough.Cukuplah aku carutkan kumpulan kugiran suka ramai itu.Jordan memang cerah pagi ni.Seperti pagi-pagi sebelum ini jugak.Semalam petang hujan lebat.Saat tu aku sedang menonton Harol and Kumar go to white Castle.Dan sewajibnya nye pagi ni agak sejuk.walaupun kawan-kawan yang dah lama kate ni main-main je sejuk macam ni.Belum sejuk lagi.Kawasan Hijazzi,tempat aku tinggal riuh sekejap petang semalam.Hujan bukan sesuatu yang lazim di bumi Sham ini.Panas dan kering sudah tentu.Kelihatan seorang dua berlari-lari mencari teduh.Alangkah enak kalau meringkuk dalam gebar tebal tika ini. Saat sejuk begini aku sering terbayang Malaysia yang panas.Aku tak perlu risau apa nak pakai waktu keluar rumah.Tapi kat waktu panas memuncak,peluh menceceh aku terbayang berada dalam gebar tebal tidur sampai cerah.

Manusia penuh cerita dan kisah.Panas sejuk suam hanya kata-kata dalam bahasa manusia.Manusia adalah manusia jika dia merdeka sampai kebulu-bulunya.Tapi jangan sampai kita lupa siapa kita, asal usul kita, sejarah kita.Sebab sejarah membentuk bangsa.Bangsa membentuk peradaban.Peradaban yang kuat dan kekal hanyalah peradaban yang baik.Sungguh pun ada kerajaan yang jahat di muka bumi ini yang memerintah tapi percaya lah.Kerajaan itu akan runtuh,hancur,di hina oleh dunia alhasil kekejaman yang tak mengenal satu apa pon.Sejarah sering kali diputar-putar.Peradaban yang jahat,kejam,korup hanya akan mengundang padah.Rakyat akan memberontak.Negara akan mundur.Musuh dalam dan luar mula menyerang sampai ke bulu-bunya.Sampai satu masa tinggal Sang Maharaja keseorangan.Dia mungkin mati diracun.Dia mungkin mati di tikam.Dia mungkin mati di bom?Sapa pun tak tau.

Hatta empayar Islam Turki itu pun akhirnya runtuh kerana kerajaan nya yang tak baik.Kerajaan Melaka pun runtuh kerana pentadbirannya tak baik.Kerajaan bukan Tuhan hidup tempat disembah tempat memerah segala rakyat layak hamba abdi.Kerajaan merupakan satu amanah buat pemegang amanah itu mentadbir mewakili rakyat seluruhnya.Pemerintah harus punya rasa rendah diri dan ingat kalau bukan kerana suara di bawah ini,mereka tak punya apa-apa barang sekupang.Jadi amanah rakyat ini perlu di pegang,dilaksanakan dengan telus,cekap dan berhemah.

Sungguh,pemerintah punya hak yang rakyat harus laksanakan,dan rakyat juga begitu.Punya hak dan kerajaan harus laksananakan.Ini perkara wajib.Jangan sampai rantaian dan jambatan ini runtuh.Jangan kerajaan itu memungkiri janji-janjinya pada rakyat,jangan pula rakyat khianati kesetiannya pada pemerintah dengan sama-sama menjaga dan melindungi negara mereka.

Sebagai sebuah negara yang punya pelbagai agama,kaum dan adat resam seharusnya menjadi keutamaan rakyat dan pemerintah negara ini tidak boleh tidak menjaga asas negara ini yang bercirikan kepelbagaian tadi.Seakan tugas itu terlalu berat kerana cabuk yang dah berulat itu baru disedari rakyat 8 Mac 2008.Seusai merdeka kita masih terjajah sebenarnya.Namun ini bukan perkara mustahil.Jika sungguh bagai di kata,kita akan melihat wajah Malaysia baru.Asal kita sama berjuang,bergerak bersama-sama.Aku tunggu pagi yang cerah itu.

Monday 10 November 2008

Tak Kan Bertanya Pon Salah(Zakat kepada Bukan Islam)

Jangan bertindak terlampau bodoh.Sampai bukan sahaja kita kelihatan bodoh, tapi sebenarnya betol-betol bodoh,jahil dan seratus peratus tolol. Ini bukan kata-kata pujangga.Bukan jugak kata-kata perwakilan gerombolan United Mushrikin National Organization. Ini hanya kata-kata aku.

Bukan sengaja melawan arus macam setengah-setengah kaum tu. Tapi aku loya melihat tindakan tak pandai setengah 'pejuang-pejuang' melayau yang dah payau dan sasau barangkali.Ini bukan isu yoga ataupun pengkid.Tapi isu zakat kepada orang bukan Islam yang diajukan oleh Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim.

Alkesah bermula seusai ADUN Kota Damansara tersebut bertanya kan tentang bolehkah duit zakat diberikan kepada orang bukan Muslim dalam sidang dewan undangan negeri Selangor tempoh hari.Kita memang sedia maklum di Malaysia sesuatu yang baru itu walaupun tidak ada salahnya,tapi kalau tidak seperti orang lain akan kelihatan salah benar.Seolah-olah yang pasti betul itu ialah yang dilakukan oleh kebanyakan orang walaupun jelas salahnya.

Lantas apa tindakan segelintir 'pejuang-pejuang Melayau' yang payau dan tolol itu buat.Berdemo dan mengeji Dr.Nasir di hadapan pejabatnya di Kota Damansara.Tak percaya tengok web site PSM.Memang kelihatan bodoh dan memang bodoh pon.Kalau tak tahu bertanya yang tahu.Begitu jugak Dr.Nasir.Beliau tak tahu lantas bertanya hal itu.Itu pon salah ke?Adakah tindakan it u membuat kan beliau keluar dari imannya?adakah itu faktor yang boleh dicabut Islamnya?

Ada segelintir pendapat yang mengatakan hal ini tidak lah patut Dr.Nasir ajukan secara terbuka.Walaupun tidaklah salah tindakannya namun sebaiknya beliau sendiri bertanya dahulu kepada yang lebih arif. Tapi tidaklah pula di sambut plycard 'jangan jadi manusia bertopengkan syaitan Dr.Nasir' atau 'Dr. Nasir perosak agama'.Inikah kah adab 'agreed to disagree' yang diajarkan oleh agama dari dulu lagi.

Aku percaya perkara ini tidak lah menjadi satu hukum yang Qotie'. Sila rujuk laman web Mufti Negeri Perlis www.drmaza.com. Antara lain Dr.Asri menulis.

"Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam.

Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah. Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka."

Aku percaya ini bukan masalah Dr.Nasir dan sosialis.Ini bukan masalah non-Muslim vs. Muslim. Ini masalah para 'pejuang Melayau yang sasau' yang seratus peratus jahil. Jangan menangguk di air keroh. Jangan jadikan agama sebuah sentimen sempit yang sebenarnya merosakan agama dan menyebabkan orang memandang serong pada agama.

Islam itu mudah.Jangan terpalit jahil manusia pada agama seakan-akan Islam itu menyusahkan pula. Gunakan lah wang zakat semaksimum mungkin. Jangan disimpan dilabur entah kemana.Cukop-cukoplah negara ni penoh dengan kejahilan terlampau dan kebejatan mundur akal.






Thursday 6 November 2008

Pak Menteri menipu lagi.

“Rakyat harus bersabar dan terus menyokong kerajaan. Ini perkara wajib. Kerna kerajaan telah banyak berkorban untuk kemaslahatan rakyat. Rakyat harus terus diam dan jangan melawan”. Pak menteri menanggal kan kaca mata dan sapu tangan merah hati di keluarkan dari poket bajunya. Dewan P, Kampung Hulu senyap sebentar bagai kampong itu baharu sahaja di langgar garuda besar. Sebatang pen dari bawah tempat rakyat berhimpit-himpit jatuh dan bunyi jelas bergema dek kerna kesunyian yang bukan dibuat-buat itu. Kaca mata pak menteri dikenakan kembali di atas batang hidung nya yang mancung bak seludang itu. Nafasnya di tarik dalam-dalam. “Seperti mana yang kita semua tahu, parti-parti lain selain kerajaan tidak langsung memikirkan rakyat-rakyat sekalian. Hanya tahu menabur janji yang seratus peratus bohong dan dusta”. “Betul tu”. Jerit seorang anak muda bertopi biru dari bawah. “Mereka tu bukan tahu apa. Mereka bukan tahu pasal ekonomi. Mereka bukan tahu pasal politik. Mereka bodoh tuan-tuan. Mereka jahil. Silap-silap jika kita terus menyokong mereka alamat nasib kita sama lah macam rakyat Iraq”. Menggeleng seorang pakcik tua berbaju batik. Entah kerana khusyuk dengan ceramah ni atau kerana mengenang kan nasib rakyat Iraq yang hari-hari ditimpa bom sebesar guni baja di bawah rumah.


“Kalau tuan-tuan pilih kerajaan, saya jamin tuan-tuan akan hidup senang. Tuan-tuan akan terus mendapat baja. Kampong tuan-tuan ini akan ditar sehingga kepintu rumah. Surau tuan-tuan akan di beri peruntukan baru untuk kerja-kerja mengecat tak kurang seribu ringgit. Ini janji saya tuan”.Rakyat hanya mengangguk. Imam tua kampung pun turut sama mengangguk. Mungkin cantik lah surau lepas ni bercat baru. Cat yang lama sudah turun warnanya. Seingat beliau cat yang digunakan untuk surau dulu tu pun pak menteri ni yang bagi. Di wakilkan kepada ketua cawangan kampung ni 18 tahun sudah. Memang elok sangat di cat baru. 5 tahun sudah ada juga terdengar cerita dapat cat baru tapi katanya tak sempat di bawa ke surau sebab ketua cawangan guna sedikit buat dapur barunya. Selepas tu cerita cat baru lenyap begitu sahaja. Namun imam tua buat-buat lupa sebab mahu menyambung dengar ucapan pak menteri.


“Tuan-tuan mesti ingat kalau tuan-tuan pilih selain kerajaan, habislah negara ni. Negeri ni akan terjual kebangsa lain. Mereka tu bukan Islam tuan-tuan. Kerajaan ni sahaja yang Islam” sambung lagi pak menteri sambil membetulkan songkok baldu tebal 3 ¼ inci tinggi buatan Jalan Masjid Keling di ibu kota itu. Terbayang ketua kampung kalau negeri Islam ini dapat ke bangsa lain. Mahu silap-silap disuruh pulak makan babi yang haram tu. Kalau di suruh meneguk air kuning berbusar bercap sauh kapal sanggup lagi. Itu minuman hariannya waktu dalam askar dulu. Walaupun kedua-dua nya sama haram, belum sanggup lagi ketua kampung tu menjamah daging kerbau pendek itu. Menelan air ludah ketua kampung menahan geli geleman membayangkan binatang tak berleher itu.

Pak menteri menyambung lagi. Kali ini agaknya luar biasa kuatnya suara pak menteri tak seperti mula-mula berceramah tadi. “Cuba tuan-tuan fikirkan kan kalaulah tuan-tuan tak memilih kerajaan yang ada sekarang, nasib tuan-tuan akan di serahkan kepada barat. Barat akan mengintai-intai kita dan mengawal kita dari jauh. Azan tak boleh nak kuat-kuat lagi. Ceramah-ceramah agama akan di haramkan. Silap-silap surau pun akan dirobohkan macam Melaka dilanggar feringggi dulu. Habis masjid-masjid di Melaka tu kene roboh tuan-tuan. Kubur-kubur lama di bongkar di ambil nesan nya buat bina kota. Tiang-tiang seri di buat kayu api, perempuan-perempuan Melayu habis dikerjakan benggali putih tu. Hancur kita tuan-tuan hancur”.tegasnya lagi bukan main-main.


“Jadi saya menyeru tuan-tuan terus mengundi kerajaan. Jangan percaya parti lain. Parti kita bagus dan memperjuangkan nasib orang kita tuan-tuan. Nanti selepas ini kalau menang saya akan datang kampung tuan-tuan tiap malam jumaat. Kita buat kenduri dan baca Qulhu.


Orang kampung menepuk tangan sebaik pak menteri menyudahkan ucapannya. Pak menteri bersalam dengan orang di atas pentas. Dua tiga orang kampung juga kelihatan menghulur tangan kepada pak menteri. yang lain tidak.Entah kerana sudah bosan dengan ucapan itu dan menunggu jamuan nasi kuning yang dari tadi merasuk perut. Bukankah Pak menteri datang nak menyelamatkan kita agar kampung kita tak tergadai, bukankah Negara kita aman damai kerana pak menteri menjaga kita. Bukankah……dalam kabut manusia menderu ke bawah khemah, termenung seorang ibu beranak tujuh yang telah sepuluh tahun hilang suaminya. Di kendong anaknya yang tertidur dek kerna lama sangat ucapan Pak menteri tadi. Di bawa anak nya yang kecil sekali itu menuju ke khemah jamuan sambil mengeluarkan kan plastik merah dari buntil kainnya. Dia sedar dia datang malam ni bukan kerana percayakan pak menteri.Sudah galak benar orang-orang besar bersyarah di Kampung Hulu ni dari dulu. Tapi dia terpaksa. Dia datang kerana perutnnya dan perut anak-anaknya sudah meragam meminta makan sedang dirumahnya tong berasnya sudah lama tidak berisi. Gobok lauknya hanya penuh dengan sawang dan lipas beraja. Dia sedar kampungnya yang jauh sekali dari pandangan mata orang apatah lagi mata pak menteri yang datang kemari hanya ketika menjelangnya pilihan raya tak boleh berubah. Dia sedar dan ramai orang kampung nya pun sedar. Kampungnya akan terus bangsat di di hinggap kemiskinan. Sepanjang kampungya di bawah parti pak menteri, tak beranjak sedikit pun walau seinci nasib nya dan nasib orang-orang kampung. Yang mengipas akan terus mengipas, yang menjilat akan terus menjilat, yang barua akan terus jadi barua. Dia tahu dia orang tiada. Tapi jiwanya bukan berharga sehelai kain batik.Dan kali ini dia nekad. Orang-orang kampung juga nekad mereka tahu mereka tak mahu di patuk sial lagi. Mereka tahu Pak Menteri menipu lagi.

Monday 3 November 2008

Jangan Kau Ingat Ini Sahaja Duniamu

Sajak bodoh-bodoh buat sahabat yg dalam mood exam(universiti gombak dan yarmouk)

Buat sahabat-sahabat jauh dan dekat
Jangan kau fikir ini sahaja dunia mu
Berpaling arah membuka lembar
Sambil terkepit Goald Coast di hujung bibir
Atau Nusantara hijaumu ditepi mulut
Berpusing kepala mencari makna
Tersangkut tekak ditinggal kekasih
Jangan,jangan kau ingat ini sahaja duniamu

Legakan dengan secangkir kopi atau teh
Melabonlah sampai tingggi mentari asal jgn kau sedih
Biar dunia tahu kau bukan bangsat mencuri harta
Rakyat tak berdosa satu apa pon jangan kau seksa
Kerna bumi ini Tuhan cipta bukan untuk menyebar noda
Di hasut syaitan tertegak batang dan tanduknya
Nafsu dan serakah menjadi tuhan manusia gila

Biarkan setan dengan kerjanya
Sekupang dua kunun ditadah sangat di bumi tua ini
Haram mengenang nasib orang di bawah
Menganggok sahaja walau betol-betol tuannya salah
Jangan kau ingat ini sahaja duniamu
Kelak tiba masa kau merayu membabi buta
Pekong ditelanjang di khalayak mata
Mampus dikejar rasa malu dan berdosa
Jangan kau ingat ini sahaja dunia mu

Tonggang lah air apa pun yang kau suka
Mabuklah dengan apa cara pun yang ko suka
Tugas mu bukan mencari seluar dan baju mu sahaja
Ramai lagi yang bogel hidop derita
Entah bila nasibnya akan dibela
Ini kerja kau kawan,kerja ku jua

Maaf buat mu kasih
Aku pergi jauh dari mu
Bukan mencari betina bogel buat pelepas nafsuku
Bukan mencari kencing syaitan hingga kembung perutku
Bukan mencari seluar baju buat membalut tubuh telanjangku
Bukan,bukan itu sahaja duniaku
Mencari erti hidop walau digamit rindu

Teman dan taulan jangan kau lupa perjuangan mu
Suatu hari aku pulang aku datang mencari mu