Wednesday 31 December 2008

Selamat Tahun Baru Dunia



Selamat tahun baru dunia

1430 atau 2009

Hanya angka-angka

Yang terkadang manusia lupa

Yang selalu manusia alpa

Hanya bukti dunia semakin tua

Semakin panas membahang dengan noda dan dosa

Tangan-tangan rakus yang gila

Hanya mengira hari dengan dengan pagi dan malam tiba

Hanya menilai manusia dengan kertas bercap muka

Merosak bumi atas nama bangun dan maju sahaja

Andai bumi ini mampu bersuara

Pasti carut dan hamun yang akan disua

Mabuk lah

Dengan air berbusar cap sauh kapal dimalam tahun baru

Tonggeng lah

di bilik-bilik mewah atau lorong-lorong neraka

Entot lah

gadis mugil terdedah sini dan sana

Tapi ingat lah ada yang menangis di sana

Ada yang sedih jauh di mata

Ada yang hilang nyawa berkecai anggota

Ketawalah selagi berdaya

Kerana kau akan mati juga akhirnya

Dimamah tanah dan ulat bumi

Ketika itu baru kau sedari


p/s Kepada Teman-teman Kristian Selamat Menyambut Maulidur Rasul Nabi Isa.Maaf kerna terlewat

Setan dan Dajjal Datang Lagi...



Setan dan dajjal datang lagi

Rumah dan tanah di pokah kembali

Darah dan air mata menganak sungai dari mata-mata ibu dan anak-anak kecil

Nyawa dan jiwa terkulai dilorong-lorong setiap inci Ghaza

Salah satu negeri Bilad Sham ini bergegar lagi oleh burung besi yang tuli erti kasih dan sayang

Yang buta mata dan hati erti aman

Kerna mereka bukan manusia

Tapi binatang ..

Tapi haiwan…

Tapi babi...

Lebih hina dari babi tunggal menyondol keladi dan ubi di baruh..

Tapi syaitan



Sebentar nanti datang pula gajah-gajah beraja dijalan

Akan menghancurkan pula setiap suku sakat yang belum reda menangisi perginya ayahanda

Yang masih belum sempat menjamah tangan suami-suami

Yang masih belum sempat membelai rambut dan kulit anak dan isteri



Jangan….

Jangan kau leka membelek baju-baju mu itu..

Jangan kau leka mendengar lagu-lagu syaitan yang kau fikirkan perkara paling asyik masyuk dalam dunia itu..

Sedikit pon aku tidak hairan dengan baju dan lagu mu..

Sedikit pon aku tidak hairan jika aku dipulau sejuta manusia

Saat kau leka memuja muji nikmat dunia

Saat kau leka mengeji dan membenci manusia mulia

Saat itu juga darah dan nyawa saudara-saudara mu dijaja

Dengan harga semurah shalom agaknya



Bung besar pemerintah negeri

Ini masanya kau melihat sendiri

Dubur yang dijilat dubur yang disayangi

Terus menggila membantai rakyat mu sendiri

Dengan doa dan air mata

Aku menyeru warga dunia tua

Yang semakin gila harta dan kuasa ….



387…

Alfatihah buat mereka semua…

Saturday 27 December 2008

Al-fatihah buat YDPB Al-Marhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Masih belum terlambat agaknya untuk aku untuk mengucapkan takziah kepada Tuanku Najihah atas pemergian YDPB Negeri Sembilan ke -10 Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Alfatihah buat baginda dari seorang anak yang punya darah Negeri Sembilan .DariNya kita datang,kepadaNya kita kembali.



19 Julai 1922-27 Disember 2008

Wednesday 24 December 2008

JEMPUTAN MENONTON TEATER BUKAN TEATER




BILIK SULIT - Teater Bukan Teater - SECRET CHAMBER

Skrip: Hishamuddin Rais
Arahan: Hishamuddin Rais/Mislina Mustaffa

Di Dewan Majlis Peguam ( Bar Council )
No 13,15,17, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur
(di belakang bangunan Pasar Seni / Central Market)

Pada : 20, 21 , 22, 23 Disember 2008 - Jam 8.30 malam

Untuk Tempahan Tempat sila hubungi : 012-465-16-71 atau 012-384-29-72

Derma Rm10 untuk keluarga tahanan ISA.
Sila tempah tempat dan pilih malam yang sesuai.Tempat terhad.

Friday 19 December 2008

Sedingin Irbid Sehangat Kuala Lumpur




Celik mata ku digigit dingin Irbid

Pejam mataku dipagut dingin Irbid

Pasti tak sehangat Kuala Lumpur

Pasti tak sepanas Kuala Lumpur


Kota ini padat dan mengulat rakyatnya

Berdedai-dedai ke masjid Jamiah Yarmouk tatkala gelincir matahari Jumaat

Toko dan gedungnya masih lagi rapat

Orang-orangya ada yang masih lagi tidur


Puing-puing angin dingin meresap ke tulang hitam

Tersentak rekong dahagakan syai panas dipinggir lorong-lorong berdebu

Dicelah-celah lorong manusia tua menghulur tangan meminta sekupang dua

Bagi mengalas perut yang tentu lapar dan dahaga


Kota nun disana juga mengulat sampah warganya

Masing-masing sibuk bercakap sendiri mengendah tidak orang di kiri dan kanan

Bung-bung besar menghisap rokok sambil tangan memandu motokar besar

Sesekali tersengih ketawa kecil melihat rakyat kebanyakan yang memukul kaki

Bagai memandu motokar besar itu suatu perkara paling hebat dijagat raya

Paling mulia di mata Gusti Perkasa


Bukan kerna motokar

Bukan kerna kapal di laut gedung didarat

Tapi kerna lupa

Tapi kerna menyeksa

Lupa diri hanya bangsat mencuri harta rakyat

Menyeksa tubuh yang tidak berdosa dipukul undang-undang rimba


Dinginnya Irbid bagai merindu hangatnya Kuala Lumpur

Dinginnya Irbid bagai memanggil-manggil aku ke Kuala Lumpur

Hangatnya Kuala Lumpur kerna noda dan dosa bung besar menghisap harta

Panasnya Kuala Lumpur kerna angkuhnya manusia menghina alam semesta

Tuesday 16 December 2008

Mind Your Language(Buat teman-teman yang ke PICC hari ini)


Aku seorang di bilik.Rakan sebilik keluar menyiapkan tugasan.Aku seorang tapi berlabon dengan teman-teman di kampung.Jordan masih sejuk.dan makin sejuk.Syari' jamiah tiada beza. Manusia penuh macam ulat. Ada peniaga menjual mainan. Ada menjual topi sejuk(snow cap). Ada gadis dan pemuda arab menghisap syisya di dalam kedai. Ada yang sedang menikmati Arabi cheese yang panas dan ranggup. Ada yang sedang menikmati Gohwah Arabi dan Syai di simpang jalan Ada peniaga kaki lima menjual rokok seludup dari Amerika. Yang lain terus berjalan, terus berlalu. Ada wanita mendodoi anak meminta sedekah di pintu nafaq(terowong penjalan kaki). Yang lain terus berlalu terus berjalan.

Semalam ada pemuda membaling kasut ke muka musuh no 1 dunia. George W Bush. Die bilang tidak apa-apa. Hari ini ada teman-teman ke Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya. Ada Teras, ada PKPIM, ada Dong Zong. Semua pencinta bahasa ibunda. Semua mahu memartabatkan identiti bangsa. Ya aku pernah bercakap tentang bahasa. Tapi isu nya tidak sama. Kali ini lebih jelas. Untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai membentuk anak-anak sedari kecil mengenal bahasa dan bangsanya.agar dapat meneroka ilmu lain dan membina jiwa. Cemburu dijiwa tatkala teman-teman masih ligat di kota putrajaya. Namun aku masih di sini.

Tapi aku masih tak faham. Sedang kan negara-negara maju yang lain masih utuh bahasanya sendiri. Masih kekal budayanya sendiri. Tidak pun bermasalah denagan hal ini. Mungkin ada yang berpendapat. Bahasa Inggeris digunakan dalam Matematik dan Sains akan memantapkan lagi bahasa Inggeris mereka.Betulkah begitu. Perlukah berAlgebra dalam bertanya khabar kepada mem orang puteh di kota London. Atau berNucleus ketika mengucap cinta pada kekasih di San Francisco. Mungkin ada tapi mahaganjil.

Berbahasa lah apa pun jangan korban kan perkara lain. Aku yakin peratus yang akan mengusai kedua-duanya(Bahasa Inggeris dan Sains Matematik) tidaklah akan memertabatkan Negara. Bahasa Melayu? Akan semakin pupus di bumi Tanah melayu ini sendiri akhirnya.

Aku masih seorang di bilik.

Sunday 14 December 2008

Kenyataan Media 9 Disember 2008:Deklarasi GERAK Malaysia

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK Malaysia) ingin menyarankan agar ahli-ahli Parlimen Malaysia membahaskan secara serius, matang dan berkesan rang undang-undang Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM esok 10 Disember 2008. Atas kesedaran ini, GERAK Malaysia telah menggagaskan 17 Deklarasi berkaitan usaha-usaha membudayakan integriti dan anti rasuah. GERAK juga ingin menegaskan agar SPRM diberikan kuasa pendakwaan mutlak melalui undang-undang yang bakal dibentuk bagi mengendalikan kes-kes rasuah serta diletakkan secara independent di bawah Parlimen. GERAK Malaysia juga mencadangkan agar SPRM yang bakal ditubuhkan kelak mampu menjalinkan hubungan secara langsung dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran & Kementerian Pembangunan Wanati, Keluarga dan Masyarakat bagi menggalakkan lagi usaha-usaha memperkasakan pendidikan integriti & anti rasuah.

Berikut adalah DEKLARASI PERMUAFAKATAN INTEGRITI & ANTI RASUAH oleh GERAK Malaysia:


PERMUAFAKATAN INTEGRITI & ANTI RASUAH

DEKLARASI PERMUAFAKATAN INTEGRITI & ANTI RASUAH 2008

Menginsafi bahawa rasuah adalah gugatan terhadap iman dan nilai moraliti yang boleh meruntuhkan asas akhlak dan kepimpinan dengan merendahkan martabat bangsa dan tidak menjunjung undang-undang;

Menyedari bahawa rasuah adalah sering berpunca daripada perasaan tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita melulu demi memenuhi kepentingan individu sama ada di dalam mengumpulkan kekayaan peribadi, di dalam memajukan perniagaan secara mudah, di dalam mencapai aspirasi politik menerusi jalan paling singkat atau menebus perilaku yang melanggar undang-undang;

Mengakui bahawa jenayah rasuah yang merebak secara parah boleh mendorong ke arah ketidakadilan, menindas golongan kurang berada dan melupuskan kos kecekapan (cost efficiency) serta mengancam keselamatan negara, menghuru-harakan kerajaan, meruntuhkan tamadun, membinasakan bangsa dan mengugat pendukungan demokrasi;

Menerima hakikat bahawa kepemimpinan yang bermaruah serta mempunyai iltizam yang tegas adalah pemimpin yang menjadi pemangkin gerakan massa untuk memerangi rasuah di semua peringkat secara komited, konsisten dan berkesan;

Menyokong, menghargai serta mengiktiraf bahawa iltizam politik serta ketegasan kerajaan, parti politik dan badan bukan kerajaan memerangai rasuah dan ini merupakan tindakan positif ke arah negara yang sifar toleran terhadap rasuah;

Meyakini bahawa kewujudan masyarakat madani Malaysia akan menjadi pemangkin kebangkitan negara yang sifar rasuah dan mampu membentuk Good Governance;

Maka Permuafakatan Integriti dan Anti Rasuah mengambil ketetapan bahawa:

  1. Kerajaan hendaklah mengkaji semula kuasa, tugas dan tanggungjawab Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mencakupi aspek-aspek pendidikan, pencegahan, penyiasatan dan pendakwaan yang menyeluruh. Ini akan membolehkan BPR atau SPRM mempelopori gerakan pendidikan anti rasuah yang komprehensif di kalangan masyarakat, melakukan kegiatan pencegahan yang lebih berkesan, menjalankan penyiasatan dengan lebih cekap dan adil serta membuat perakuan-perakuan pindaan yang berwibawa ke atas segala amalan dan prosedur di sektor awam yang didapati menggalakkan rasuah.

  1. Kerajaan hendaklah memberikan kuasa penuh kepada BPR atau SPRM untuk meminta mana-mana individu yang disyaki melakukan rasuah untuk menjelaskan harta yang dimilikinya menerusi kenyataan bersumpah. Jika individu berkenaan gagal memberikan penjelasan yang memuaskan berhubung pemilikan harta yang melebihi pendapatannya, maka pendakwaan hendaklah dibuat ke atasnya. Sekiranya didapati bersalah, harta individu tersebut hendaklah diambil/disita oleh pihak kerajaan seadilnya dan dimanfaatkan semula untuk kepentingan rakyat.

  1. Kerajaan hendaklah menubuhkan sebuah jawatankuasa penilai peringkat tertinggi (review committee) yang bertanggungjawab mengkaji semula semua kes rasuah yang telah disiasat oleh BPR dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi kes berkenaan tidak dibawa ke makhkamah. Jawatankuasa ini hendaklah melantik Ketua Hakim Negara sebagai Ex-Officio dan dianggotai oleh perwakilan rakyat atau individu yang berwibawa tinggi serta bertanggungjawab terus kepada Parlimen. Jawatankuasa ini juga harus membincangkan kaedah terbaik bagi membentuk sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

  1. Di samping hukuman-hukuman berat yang dikenakan ke atas pesalah rasuah, Kerajaan hendaklah juga mengenakan juga hukuman sebat ke atas pesalah-pesalah tersebut.

  1. Kerajaan hendaklah mengutuk amalan rasuah sebagai musuh no.1 negara yang lebih dahsyat bahayanya daripada penagihan dadah. Justeru, kerajaan hendaklah merestui kewujudan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suruhanjaya ini hendaklah bertanggungjawab mengesan, mengkaji serta menganalisa amalan rasuah, kesan dan implikasinya terhadap sosio ekonomi, politik dan keselamatan negara. Suruhanjaya ini hendaklah dibentuk dan diwujudkan menerusi kerangka undang-undang, mempunyai jawatankuasanya di peringkat negeri dan daerah serta bergerak seiring dengan BPR atau SPRM ataupun terus menggantikan peranan BPR setelah BPR itu sendiri distrukturkan semula ke arah menjadi suruhanjaya bebas yang benar-benar efisyen.

  1. Kerajaan hendaklah menggalak serta mengiktiraf kewujudan satu gerakan anti rasuah sama ada dalam bentuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggembleng penyertaan rakyat jelata, sektor awam, sektor swasta, pertubuhan politik dan pertubuhan sukarelawan di semua peringkat, di seluruh negara. Gerakan bersepadu ini juga hendaklah bergerak seiring dengan BPR ataupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bakal ditubuhkan kelak.

  1. Seluruh jentera, sistem, peraturan dan undang-undang yang boleh mendorong amalan rasuah dan didapati menyulit, menghalang atau melambat-lambatkan pembangunan, kemajuan dan modenisasi ekonomi dan perindustrian negara hendaklah dikaji semula dan dibaiki keberkesanannya. Kerajaan hendaklah memperkasakan peranan Kementerian Kewangan dengan membentuk sistem ekonomi dan sistem penyampaian ekonomi yang berkesan serta berupaya memantau dan menutup ruang-ruang yang boleh berlakunya rasuah dan penyelewengan.

  1. Sektor awam, swata dan kalangan politik hendaklah diberi kefahaman mendalam dan terperinci bahawa pembangunan, kemajuan dan modenisasi negara, khususnya di bidang ekonomi dan perindustrian, adalah tanggungjawab bersama selaras dengan semangat dan dasar untuk membentuk Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

  1. Hendaklah diwujudkan mekanisma perundangan yang berkesan untuk menyelia urusan yang melibatkan sektor perniagaan dan Kerajaan. Perilaku kakitangan awam yang memproses, menganalisa, membuat perakuan, mengendali, menyelia dan meluluskan semua aspek percukaian, perlesenan, projek pembangunan dan projek penswastaan di peringkat pusat, negeri dan daerah mestilah telus dan bebas daripada rasuah. Warga korporat yang berurusan dengan sektor awam mengenai penswastaan atau perlaksanaan projek pembangunan di semua peringkat juga dituntut berperilaku telus dan bebas daripada rasuah.

  1. Sebuah sistem kawalan dalaman bagi jabatan-jabatan utama Kerajaan yang mengendalikan projek-projek penswastaan dan projek pembangunan negara yang besar hendaklah dipastikan telus, amanah dan berintegriti dalam mengendalikan maklumat-maklumat penting supaya tidak berlaku pembocoran rahsia dan maklumat yang bernilai komersial dan yang dapat diperdagangkan dengan nilai pasaran ataupun dengan nilai rasuah yang tinggi.

  1. Semua anggota penguatkuasa undang-undang dan kakitangan awam di jabatan yang sering terdedah dengan amalan rasuah hendaklah mempunyai tatacara yang telus, berintegriti dan berkesan. Semua sektor swasta juga hendaklah mewujudkan Tatacara Etika Integriti & Anti Rasuah dalam organisasi masing-masing.

  1. Sumpah jawatan bagi seluruh perlantikan awam, swasta dan politik di semua peringkat hendaklah mengandungi elemen kemurnian akhlak, keluhuran undang-undang serta membudayakan integriti dan anti rasuah.

  1. Seluruh kakitangan awam, kepimpinan politik dan kepimpinan korporat di mana Kerajaan mempunyai saham hendaklah dimestikan mengisytiharkan harta masing-masing kepada sebuah jawatankuasa di bawah pimpinan Perdana Menteri dan juga Parlimen.

  1. Usaha mewujudkan masyarakat madani yang menjunjung keluhuran undang-undang, mengamalkan tradisi bermoral yang murni, berbudaya, berintegriti dan tidak berkompromi terhadap rasuah perlu diperhebat dan diperkasakan lagi gerakannya di setiap lapaisan masyarakat Malaysia. Seluruh jentera pembangunan generasi anjuran kerajaan, parti-parti politik, organisasi korporat dan badan-badan sukarela di semua peringkat perlu mendukung usaha mewujudkan masyarakat madani ini menerusi gerakan kesedaran dan modul latihan ketatanegaraan dan keagamaan yang rapi, khusus, bersepadu dan berterusan.

  1. Elemen-elemen dan mesej integriti dan anti rasuah hendaklah diterapkan ke dalam jiwa segenap generasi muda Malaysia menerusi kurikulum khas pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi anjuran kerajaan dan swasta. Elemen dan mesej integriti dan anti rasuah ini juga hendaklah diterapkan ke dalam jiwa pelatih menerusi kurikulum khas di semua agensi latihan awam dan swasta. Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia harus memberikan keprihatinan terhadap usaha-usaha membentuk budaya integriti dan anti rasuah melalui sistem pendidikan negara.

  1. Pihak media massa hendaklah diberi galakan untuk melaporkan gejala dan amalan rasuah oleh segenap lapisan masyarakat secara jujur, adil dan berwibawa.

  1. Mengoptimumkan fungsi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membentuk keterlibatan langsung golongan wanita dalam usaha-usaha membudaya integriti dan anti rasuah bermula dengan pengukuhan budaya integriti dan anti rasuah dalam keluarga.

Berasaskan deklarasi ini GERAK Malaysia ingin menyatakan pendirian bahawa semua pihak sama ada Ahli Parlimen Malaysia, Pimpinan Parti-parti politik, mahasiswa, badan-badan bukan kerajaan dan pertubuhan atau persatuan belia dan anak muda harus menguatkan tekad dan iltizam untuk bangkit membentuk budaya integriti dan anti rasuah bagi memastikan terbentuknya permuafakatan bersepadu di kalangan kita dalam usaha membentuk Good Governance dan kepimpinan yang adil, amanah dan bertanggungjawab demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.


GERAK Malaysia juga menyatakan harapan tinggi kepada seluruh Ahli Parlimen Malaysia agar dapat membahaskan secara matang dan konstruktif rang undang-undang penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Parlimen pada awal Disember 2008 ini.


Semoga dengan terbentuknya SPRM ini mampu memberikan harapan, perubahan dan nafas baru terhadap kewibawaan dan kredibiliti BPR lantas memberikan erti yang lebih serius terhadap usaha-usaha kerajaan dengan kerjasama pihak pembangkang bagi memperkemaskan struktur, undang-undang dan pendidikan yang menjurus ke arah membentuk budaya integriti dan anti rasuah.


Deklarasi oleh:

Gerakan Rakyat Anti Korupsi

(GERAK Malaysia)

Mohd Nazree Mohd Yunus

Pengerusi GERAK Malaysia

sk: Badan Pencegah Rasuah (BPR)

Ahli-ahli Parlimen Malaysia

Institut Integriti Malaysia

Transparency International-Malaysia

Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Belia dan Anak Muda Malaysia

Pimpinan UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC & Gerakan

Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pelajaran

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA)

Pimpinan Mahasiswa Universiti Seluruh Malaysia

Bar Council (Majlis Peguam)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)

Belia 4B Malaysia

MAYC Malaysia

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

TERAS Pengupayaan Melayu

Saturday 13 December 2008

Kepemimpinan Melalui Tauladan




Ya ampun Che Det aku pinjam kata-kata hang. Aku sememangnya suka dengan kata-kata ni. Bukan kerna ta'sub kepada Madey, tapi konsep ni ringkas,padat namun cukup jelas maknanya jika pemimipin mendalami maksudnya.

Konsepnya jelas. Sesiapa sahaja yang bergelar ketua layak ketua kampong kah dia, ketua jabatan kah, ketua menteri kah, menteri besar kah, hatta perdana menteri kah satu sikap yang perlu di ambil berat ialah dia harus menjadi contoh kepada yang lain. Bukan sekadar tahu memberi arahan dari jauh. Tapi sanggup pula melaksanakan arahan itu dengan diawali oleh pemimpin itu sendiri.

Kalau nak nasehat anak buah jangan makan suap, ketua dahulu jangan sebat duit rakyat. Kalau suruh rakyat harus ubah cara hidup, ketua dahulu harus berhenti bershopping di London. Kalau mahu pelajar university jangan malas membaca, tunjukan dahulu ahli-ahli parlimen Malaysia pun sarat dengan bahan bacaan. Terjemahkan dengan debat mantap, hujah yang kukuh dengan fakta dan dalil. Bukan layak tong kosong sahaja ketika di Parlimen.



Kota Irbid masih sejuk dan sunyi tika ini.Cuti raya Haji baru sudah. Esok kami akan kembali ke kuliah. Aku merenung kembali the so called leaders dalam seantero dunia hari ini amnya dan Malaysia khasnya. Pemimipin besilih ganti. Ada yang boleh berkidmat semula setelah digantung dek kerna rasuah politik. Ada yang baru sahaja meninggal dan bakal diganti pula 17 Januari 2009 ini. Tapi dalam seramai-ramai tu, banyak mana yang boleh bersusah dan senang bersama pengikut-pengikutnya. Ramai mana yang boleh duduk bersila meneguk kopi dan goreng pisang di warung-warung mendengar keluhan rakyat. Ramai mana yang rumahnya di pastikan tidak harus lebih besar dari rumah rakyatnya. Ramai mana yang tidak akan makan sehingga kenyang kalau masih ada rakyatnya yang lapar. Ramai mana yang tidak bisa tidur kalau ramai rakyat nya masih menderita.






Ini perkara bahaya. Mungkin ada yang tidak berani menjengah rakyat marhain kerana takut di cap pejuang tulen. Sementara duduk di atas ini, mahu enjoy sampai kebulu-bulunya. Mahu hidup mengaut harta sebanyak mungkin. Mahu tidur enak-enak atas katil setinggi lutut. Mahu berdengkur puas-puas dalam selimut 3 inci tebal buatan German. Sekurang-kurang sementara masih menjadi ketua.




Bukankah negara Malaysia ini kaya buminya. Banyak hasil mahsulnya. Baik budi pekertinya orang-orangnya. Mereka tidak akan marah kepada orang-orang besar.Mereka harus berterima kasih kepada orang-orang besar kerana menjaga mereka. Memberi sekupang dua tatkala Pilihanraya, barang seorang sehelai kain sarung sudah lah. Selebihnya serahkan pada orang-orang besar. Apa salah merasa nikmat dunia ini yang tak dapat dirasai oleh orang kebanyakan. Hidup hanya sekali.








Ini penyakit golongan Gerombolan. Boleh jadi juga penyakit yang bakal melanda Pakatan sekiranya masih ramai yang rakus mengumpul harta dunia. Kalau pemimpin tidak ambil pusing perihal rakyatnya inilah yang bakal terjadi. Sejuk hati ku melihat pimpinan sendiri mampu turun padang. Contoh mudah Nizar Jamaludin . Dengan tangan sendiri menyembelih lembu, atau Ahmad Yunus Hairi dengan kepakaran sendiri mengkhatan kan budak. Kalau ragu ini hanya taktik PAS, Che Guevara tokoh sosialis Cuba yang mati dalam perjuangan pun mampu mengerat tebu, membanting guni bersama rakyatnya.





Sunday 7 December 2008

Selamat Hari Raya Haji

Selamat hari Raya Haji

Sebagai erti mengenal diri

Erti korban dan budhi prakati

Jangan kau lupa aku disini





Raya haji lambang taat dan setia

Menempuh segala ujian derita

Tidak secupak cuak di dada

Bersatu berjuang menentang murka




Hilang harta hilang nyawa

Galang ganti maruah perkasa

Usah diragu bala bencana

Mengalir darahmu amat berharga




Jangan dileka kan hal dunia

Kelak menganga ditelan harta

Tetapkan niatmu dijalan yang satu

Usah rebah tertusuk sembilu




Raja adil raja disembah

Raja zalim raja disanggah

Nukilan kata pahlawan lama

Tanda berani melawan pemuka




Ayah dan bonda kupohon ampun

Juga restu diharap selalu

Walau tak jumpa bertahun-tahun

Anakmu sehat usah diragu




Nukilan ini buat pengganti

Diri jauh beribu batu

Aku kan pulang di suatu hari

Jangan lupa kekasih hati ku



























Saturday 6 December 2008

Seteguk Ghadir di malam hari.



Jordan makin sejuk dan sehari lagi kaum kerabat kita yang ke Mekah akan wukuf di Mudzalifah.Pada yang tak berkesempatan menunaikan haji,sudah mula bersiap untuk berhari raya. Tak seperti raya haji kat Malaysia, kat sini agak meriah. Yang paling aku suka cutinya agak panjang hek hek. Boleh tidur lama sikit. Esok dan lusa kami akan sama-sama melapah daging korban. Ya sudah 3 bulan aku meninggal kan Malaysia.3 bulan aku sudah tinggal kan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. 3 bulan sudah tidak ke Gereja St John di petang Ahad memberi makan faqir dan miskin di tengah kota raya serba kelam kabut. Tidak sempat mengikuti Forum NO to ISA. Sudah lama tidak merasa bahang reformasi di Malaysia. Banyak jugak bende jadi sejak aku tinggal kan Malaysia. Pengkid berdemo, Yoga di haram, PKR berkongres, Zaid Ibrahim di pecat kah kah kah. Ini lah pekong gerombolan UMNO sudah bernanah dan bercabuk tak dapat lagi diubat. Potong sahaja kanser ni. Kalau lama dibiar makin parah Malaysia.


Tapi berlaku jugak kejadian yang kita semua patut rasa sedih dan sedar. Ini bukan soal rasuah politik wang lagi. Ini bukan soal perut gerombolan lagi. Ini soal perut rakyat.Semalam berlaku tanah runtuh di Bukit antarabangsa. Ada yang kehilangan dan ramai yang cedera. Pasukan keselamatan masih menruskan kerja-kerja mnecari dan menyelamat. Tanah runtuh selalu berlaku di Malaysia. Menurut Pengerusi Pusat bagi Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia, Gurmit Singh memberitahu bahawa kejadian tanah runtuh itu biasa berlaku di Malaysia dan kebanyakannya boleh dielakkan jika kalangan profesional, pemaju perumahan dan kakitangan awam lebih bertanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan tekun dan amanah. Sejak kejadian Higland Tower pada tahun 1993, kerajaan sendiri memtuskan tidak ada lagi projek-projek cerun bukit di jalan. Tapi yang pelik dan ajaib nya Pak Lah mengulang pulak balik arahan tu.

Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua kerajaan negeri menimbang untuk menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi.

Mengapa perlu di sebut lagi kalau dulu sudah diarah berhenti kan segala projek-projek ni. Mengapa perlu buat kerja dua kali. Jadi nampak sangatlah selama ini perkara ini tak di endahkan pun oleh pemaju,kontraktor, apatah lagi PBT yang meluluskan projek-projek ini. Aku rasa perlunya dasar-dasar kerajaan dalam melaksanakan projek-projek perumahan perlu diganti bukan lagi dikaji. Apa yang perlu di kaji lagi kalau setiap kali berlaku bencana ni akan ada yang mati. Hentikan terus jangan bagi kebenaran langsung.

Adakah ini stail kita. Kalau sudah ada yang mati, baru terhegeh-hegeh nak berenti. Baru nak kaji punca. Baru nak tunding jari ni salah siapa tu salah siapa. Pantang ada bukit nak di tarah nak di gondol. Cegah sebelum parah. Dasar-dasar ini sewajib-wajibnya diambil perhatian oleh semua pihak terutama sekali Pakatan Rakyat yang akan menerajui negara sedikit masa lagi. Kalau tak bulan ni bulan depan. Kalau tak tahun ni tahun depan asal saja semua bekerja kuat dan faham dengan tugas masing-masing. Ini bukan semata-mata hal politik kepartian. Ini soal tanggungjawab menjaga daulah dan ummah.

Tuesday 2 December 2008

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

Sudah-sudah la kita melalak siang malam pasal ketuan melayu kalau Bahasa melayu pun kita pinggirkan.Ayuh ramai-ramai kita tandatangan petisyen di bawah.
Klik di sini untuk menandatangani petisyen.
..........................................................................................................................................................................
PETISYEN MEMBANTAH PPSMI
Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia PPSMI : Kembalikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar.

Kami warga Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pendidikan yang berlaku di Malaysia.

Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi ini sebenarnya menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap dari tanah air kita sendiri.


Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa “dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama”. Hakikatnya, jika dasar Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan guru dan pelajar luar bandar untuk menggunapakai Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.


Dalam pada itu, pelaksanaan dasar PPSMI yang dilihat tergesa-gesa ini amat bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara. Sementara itu, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah memberi definisi jelas kepada maksud sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.


Menurut Seksyen 2,
Sekolah Kebangsaan ditafsirkan sebagai sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan— (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan pula ditakrifkan sebagai sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan - (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


Seksyen 17(1) Akta Pendidikan juga menyatakan “Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini”


Adalah amat mengecewakan apabila pemimpin Melayu kini sudah tidak memiliki sensitiviti untuk mempertahankan nasib bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menghormati peruntukan undang-undang tertinggi negara yang menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar yang menjamin kedudukan bahasa Melayu yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu juga sudah dianggap tidak relevan dan tidak dinali sebaik-baiknya.


Untuk memastikan agar kedudukan bahasa Melayu terjamin dalam negara ini dan tidak terus digugat, malah diangkat dan dimartabatkan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia:


• Mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik di semua sekolah rendah kebangsaan dan menengah.
• Memelihara bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan perpaduan kaum.
• Menghormati dan menguatkuasakan sepenuhnya segala peruntukan undang-undang
yang ada yang menjamin kedudukan bahasa kebangsaan.
• Mengekalkan dasar-dasar negara yang menjamin kedaulatan bahasa melayu yang
diwarisi oleh generasi pemimpin terdahulu.


Kami, dengan ikhlas dan tegas, dan penuh rasa tanggungjawab percaya bahawa kemajuan negara akan tetap tecapai walaupun kita mengekalkan bahasa, budaya dan jatidiri kita yang tulin. Perlu disedari bahawa bahasa merupakan jiwa dan cerminan kepada bangsa dan jika tidak dipertahankan akan hilanglah jatidiri bangsa kita sebagai Melayu dan Islam.


Gerakan Anti PPSMI (GAP)
Sekretariat PKPIM Pusat,
Kompleks Anjung Rahmat,
Batu 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-61879520
Faks : 03-61842570
www.pkpim.net
spp@pkpim.net