Monday 19 January 2009

Tunjang Wajib Pakatan Rakyat



Tsunami politik 8 Mac 2008 masih lagi di rasakan sehinggakan malam 17 Januari 2009 yang lalu. Sekali lagi rakyat, penguasa sebenar negara menunjukkan tanggungjawab mereka menampar keangkuhan, kejijikan dan kebodohan gerombolan United Malays National Organization dan Barisan Nasional. Walau jutaan ringgit di curah, walau berbagai macam ugutan di cekik di rekung rakyat Kuala Terengganu, namun berpantang ajal sebelum maut, rakyat berjuang berhabis-habisan di atas kertas undi.


Beberapa perkara suka di lihat oleh aku dan aku percaya ramai juga yang beranggapan begini. Rakyat kian hari kian muak dengan propaganda murahan gerombolan United Malays National Organization. Walau pelbagai alasan diberi seperti 8 Mac 2008, Barisan nasional kununnya tewas kerana undi protes, 26 Ogos 2008 tewas pula kerana kononnya Permatang Pauh adalah kubu Anwar Ibrahim maka apa pula alasan mereka tentang kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu. Dengan jumlah penggundi seramai 80,325 dan pengundi Cina mewakili hampir 11% daripada jumlah tersebut, ternyata alasan-alasan cabuk yang membusuk, bersifat perkauman, menjaja berita-berita karut tidak harus diberikan lagi dan wajib dihumban ke Laut China Selatan.


Sebagai kesimpulan awal, pakatan Dalam Pakatan Rakyat nyata makin matang. Pelbagai isu yang timbul di selesaikan dengan penuh berhemah. Dalam Gerombolan United Malays National Organization menabur pelbagai cereka dan citra berbaur perkauman, hasutan dan dakyah pihak Pakatan tenang berkempen dengan hujah, fakta dan isu-isu yang lebih relevan. Sebagai contoh royalti minyak yang dinafikan oleh kerajaan pusat terhadap penduduk Terengganu sendiri, soal ekonomi rakyat, hubungan antara kaum yang amat-amat dititkberatkan dan rasuah yang makin membarah menjadi intipati kempen-kempen Pakatan. Justeru rakyat yang kian celik lebih mudah memahami apa yang ingin Pakatan Rakyat tawarkan.





Inilah tunjang wajib Pakatan Rakyat. Perkara pokok yang harus ditekan, diambil peduli dan menjadi budaya dalam PR. Hentikan serangan-serangan peribadi yang tidak ada hubung kait satu apa pun dengan dasar perjuangan yang murni, yang dipusakai pejuang-pejuang tua kita dahulu. Pastikan rakyat mengundi dengan ilmu. Menilik segala apa tindak tanduk siapa juga yang bertanding dengan ilmu. Dan sudah pasti menghukum kesalahan-kesalahan pemimpin mereka dengan ilmu. Suburkan budaya demokrasi dari peringkat pucuk pimpinan hingga mengakar umbi. Zahirkan perubahan ini bukan bersifat sementara atau sekadar ikut-ikutan gaya masa kini. Setiap calon harus diteliti, diadili dan akhirnya dipilih dengan dacing ilmu.





Ilmu jugalah pembeza manusia dengan segala macam ciptaan Tuhan yang lain. Sekiranya perkara ini menjadi budaya umat Malaysia, maka percayalah, kita tidak akan mudah diperkotak-katikan kan oleh sesiapa pun. Rakyat lah yang sebenarnya penguasa dalam negeri ini. Sebagai kuasa sebenar dalam penentu hala tuju negara bangsa ini, maka pupuklah semangat cintakan ilmu sebagai tunjang perilaku dan tindak tanduk kita.


Terang bulan melimpah kebumi

Malam sunyi alam berlagu

Mulia manusia kerana budi

Mulia budi pancaran ilmu


Munyulam jala dipinggir kali

Kerna terkoyak dek ombak kiamat

Pemimpin usah leka bermimpi

Suara rakyat suara keramat

Tuesday 13 January 2009

Perang israel Palestin-apa lagi alasan kita











Sehingga artikel ini ditulis sudah 970 orang rakyat Palestin mati dan 4300 orang cedera. Ini angka rasmi yang tertulis dalam berita. Sekiranya lebih lagi dari ini haram sekor manusia pun tak kan tahu. Tentera haram zionist telah melakukan jenayah perang untuk jangka masa 16 tahun dalam mana-mana sejarah peperangan dalam masa hanya 16 hari. Mereka akan terus meratah, mencincang, membunuh setiap inci tanah Palestin sehingga habis nyawa rakyat Palestin agaknya. Satu pembersihan etnik yang amat radikal berlaku depan mata umat dunia tapi malang. Haram sebuah negara belum berani berbuat apa-apa. Kerana inilah perdana menteri negara haram israel dengan mendebik dada menyatakan,

"We want to end the operation when the two conditions we have demanded are met: ending the rocket fire and stopping Hamas's rearmament. If these two conditions are met, we will end our operation in Gaza,"

Mengapa Hamas yang dipersalahkan. Mengapa parti yang mendapat sokongan majority rakyat Palestin, dilantik melalui proses demokrasi, melalui lunas-lunas undang-undang yang sah dihentam habis-habisan oleh pelbaga pihak. Kalau disebabkan 2,3 butir roket yang dilancarkan oleh mereka yang langsung tidak menjejaskan apa-apa kepentingan israel menjadi alasan, maka wajib lah semua umat manusia mengecam pula tindakan israel yang terlebih-lebih lagi membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa sebelum pun lagi Hamas mendapat kuasa di Palestin. Aku yakin kita semua tidak mudah percaya dengan dongeng yahudi ini yang kononnya Hamas lah punca perang ini. Ini kerana sudah jelas israel lah yang pada asalnya tidak kepingin pun untuk berdamai. Usahkan inginkan memberhentikan perang ini, genjatan senjata pun awal-awal sudah ditolak yahudi totok ini.


Maka bangunlah seluruh umat dunia kejalan-jalan raya menunujukkan kan perasaan. Aku bantah sekeras-kerasnya pendapat pihak-pihak yang mengatakan demonstrasi jalanan ini tajaan barat, meghuru-harakan keselamatan awam, bukan budaya kita (baca Melayu) dan yang lebih parah lagi berhujah kononnya perkara ini tidak dilakukan oleh Nabi Besar Muhammad, maka demonstrasi ini bida’h dan tertolak. Bangsat apa yang menggangu kepala-kepala manusia ini. Kerana poltik?wang?kuasa?populis? bangsat cukup bangsat.

Persiapkanlah apa-apa sahaja sedaya yang kamu mungkin dari kekuatan.

Usahkan mahu turun berperang, menunjukkan rasa marah terhadap kekejaman pun menjadi masalah. Apa lagi yang boleh di buat oleh kamu yang menentang sangat tindakan berani mereka yang turun dijalanan ini. Ada yang memandang sinis kononnya tidak apa hasil pun berdemo ini, berhujjah pula dengan masalah ikhtilat kononnya. Kita manusia yang punya perasaan. Tunjukkan kan perasaan kita sebagai wasilah kepada rasa benci ini.



Rakyat Britain tunjuk perasaan, rakyat Jordan tunjuk perasaan, rakyat Turki tunjuk perasaan, rakyat Malaysia tunjuk perasaan. Sehingga ada rakyat bukan Islam di kota London pun sanggup bercuti selama seminggu untuk bersama-sama membantah kekejaman dajjal manusia yang tak pun kenal agama dan bangsa itu. Masalah ini jauh sekali masalah agama dan bangsa. Bukan juga masalah warna kulit dan bahasa. ‘New World Order’ tidak mengenal satu apa pun. Mereka akan menyusup masuk kesetiap pintu rumah manusia untuk mendoktrin mind,body and soul manusia. Dan tanah Bilad Sham ini akan menjadi pusat gerakan mereka.

Cukupkah duduk bersila, menadah kitab dan merasakan engkaulah manusia paling alim dalam dunia ini? Atau berceramah merata tempat hal manusia dan dosa dan merasakan engkaulah manusia paling banyak pahalanya? Cukupkah kau membilang baju dan seluar bundle mu membelek ketulenannya pagi dan petang? Sudah lah. Cukup-cukuplah. Jangan rekrut Tuhan. Jangan jual ayat Tuhan dengan harga yang murah sedang ramai lagi yang leka di merata-rata tempat dan dunia masih kembung kenyang korupsi. Cukuplah membelek baju dan seluar yang sudah pun muntah dari mulut gobok mu itu.

Aku menyeru semua penduduk bumi. Jangan duduk diam sahaja. Bangunlah dan buat apa sahaja yang termampu. Kalau tak mampu hentikan kan perang tersebut, bantulah kepada jalan agar terhentinya perang itu. Kalau tak mampu bantu kepada jalan agar terhentinya perang itu, bantulah pembantu kepada jalan agar terhentinya perang itu. Kalau tak mampu jugak, berdirilah di atas bagunan KLCC dan terjun ke bawah kerana anda tidak berguna walau sekupang pun.

Thursday 8 January 2009

Forum Palestin









Host: The Malaysian Bar & The Malaysian Social Research Institute (MSRI)


Date: Friday, January 9, 2009


Time: 8:00pm - 10:00pm


Location: BAR COUNCIL AUDITORIUM, BAR COUNCIL BUILDING ,(behind Central Market Annexe Building)


Speakers:1)Dr Rosli Omar


2)Hishamuddin Rais


3)Dr Farish A Noor


4)Professor Gurdial Singh Nijar


Contact Info:Email:ktheefa@yahoo.com

Jangan Jadi Hamba Duit

Diluar cuaca dingin. Dalam bilik cuaca dingin. Aku belum beli gas untuk sobah. Duit aku dah tak ada. 30 Qursy di atas meja tak cukup nak memanaskan badan. Bagaimana agaknya nasi anak-anak kecil Palestin kala ini. Sejuk hingga menikam tulang hitam itu sudah pasti. Ada ibu-ibu yang menangis. Ada yang menjadi yatim. Ada yang hilang suami. Ada yang hilang isteri. Di tepi jalan sebelah DIlki, ada anak Arab terkekek-kekek suka. Entah apa yang lucu aku tak tahu. Negara Arab masih kecut teloq belum mampu buat apa-apa.

Semalam ada budak Malaysia ditikam di peha. Ada Arab menikam peha meminta duit. Alhasil darah berjujuran atas jalan depan Abu Ain, kedai runcit di kawasan tempat tinggal kami. Bulan Puasa sudah juga seorang pelajar Malaysia di hentam kepalanya dan rumahnya digeledah. Duit JD15 dalam dompet pelajar berkenaan pun lesap. Berapa tahun sebelum ini juga beberapa kenalan pernah dirompak oleh Arab juga di dalam rumah mereka sendiri sebelum sempat pun mereka menjamah makan malam. Ada yang lebam-lebam muka dan masuk hospital.
Dalam semua kes tadi ada satu persamaan yang aku nampak. Illahnya sama. Kalau nak qias kan boleh. Semua sebab DUIT. Duit buat manusia jadi gila. Duit buat manusia lupa diri. Duit buat manusia mabuk. Ada duit bermakna ada kemewahan. Duit buat manusia inginkan duit lagi. Dapat sikit pastu nak lagi, nak lagi. Macam rokok. Kena sebatang lama-lama ketagih. Tak ada duit simbol kemiskinan, penghinaan, rendah taraf dan boleh jadi lesen untuk berbuat apa sahaja. Miskin penyakit semua kaum. Miskin tak kenal rupa bangsa, kulit, bahasa atau agama. Semua boleh di hinggap miskin. Semua boleh di patuk fakir. Ini masalah semua bangsa yang bergelar manusia. Tak ada sempadan, tak ada batas.

Kaadal faqiru kufrun

Jangan jadi hamba duit. Duit bukan Tuhan nak disembah. Bukan ketua nak diikut. Bukan kekasih nak dientot-entot biar beranak-anak. Jangan. Jangan jadikan semua hal itu punca-punca jadi duit. Ada seorang kawan di Universiti Gombak bercerita, sampai urus orang mati sekarang dah ada syarikat yang menguruskannya. Kalau syarikat maknanya perlu bayar. Tak ada duit, tak boleh urus. Apa jadi kalau ada yang tidak berudit mati. Nak dicampakkan ke mayat ditepi jalan. Sebab itu aku sangat-sangat tak setuju kalau ada Ustaz itu atau Ustazah itu menjaja kaset ceramah yang belum tentu baik mutunya dan jadikan itu semata-semata lubuk buat duit. Jadi motivator, jual kaset, jual CD, jual buku, cas ceramah ribu-ribu sejam 10 penceramah tapi isi semua sama.


Nak dekat pilihanraya tiba-tiba datang dari lubang buntut mana entah duit juta-juta. Bagi duit supaya undi. Suap sana. Suap sini. Ugut pulak. Tak undi tak bagi duit. Tarik royalti.Beli manusia dengan duit. Ini semua proses menghambakan manusia dengan duit. Sembah duit. Puja duit. Kalau fenomena ini masih dipandang enteng, manusia itu sendiri akan hancur dengan duit.

763 di Palestin-angka ini masih meningkat. Teruskan berdoa untuk mereka.