Tuesday 31 March 2009

Bicara Nusantara 1

Sambil-sambil membelek buku untuk peperiksaan esok, sambil-sambil menunggu teman serumah masak makan malam saya ingin melontarkan sedikit syor kepada barisan pemimpin pelajar Malaysia di Irbid khasnya dan Jordan amnya ini.


Pelajar Malaysia menjadi majoriti pelajar bukan Arab yang menuntut samada di Universiti Yarmouk ataupun Universiti Sains dan Teknologi Jordan. Lebih dari 500 orang kesemuanya dan jumlah ini setiap tahun bertambah.


Namun di celah-celah susuk-susuk pelajar Malaya ini tidak dapat tidak, kita juga tidak boleh menafikan kewujudan pelajar-pelajar Nusantara yang lain e.g. Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand. Filipina tidak lah saya ketahui ada atau tidak. Sejauh mana hubungan pelajar Malaysia dengan teman-teman serumpun kita yang berkulit sawa matang itu juga.


Berapa banyak program yang di buat bersama, sejauh mana kita pernah menggali idea-idea saudara-saudara yang berjiran dengan kita itu. Jangan kita gambarkan Mat-mat Indon ini semuanya semacam imigran yang membanjiri Malaysia. Ataupun seperti Dian Satrawordoyo sahaja ataupun gadis-gadis genit dalam Bawang Putih Bawang Merah.. Pemandu teksi di kota Bandung pun bisa berbicara tentang Plato. Ada yang menyatakan Indonesia merupakan tempat subur bercambahnya ideology. Islam ,Komunis, Nasionalis, Sosialis, Plurisma, Liberisma dan ratusan lagi bias sahaja hidup. Begitu juga nasib Melayu di Singapura.


Siapa di antara kita yang pernah mengetahui berita-berita dari republik yang pada asalnya setanah tempat tumpahnya darah dengan kita itu. Peristiwa Tak Bai juga masih terpalit jelas dalam sarang kepala ini. Mereka juga harus di bela semacam kita simpati pada saudara-saudara kita di Palestin. Brunei juga begitu.


Ingat rumpun Nusantara perlukan jaringan-jaringan ini seperti mana yang pernah Saudara Anwar Ibrahim dan teman-teman beliau ketika kemuncak pergerakan mahasiswa yang menjalinkan hubungan yang baik dengan teman-teman serumpun ketika dalam ABIM dan Allahyarham Bapak Mohd Natsir mantan Perdana Menteri Republik Indonesia. Sekadar renungan dan cadangan

Friday 27 March 2009

PEMUDA melabon

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat - termasuk tokoh utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim - menjadi sasaran lepas geram pembahas dalam persidangan Pemuda Umno hari ini.

Pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" dari penjara.

"Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang... Cukuplah sandiwara Anwar Ibrahim ini.

"Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul, menyentuh isu-isu ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.-Malaysiakini

Berikut merupakan ucapan perwakilan Pemuda UMNO dalam pilihanraya parti tersebut. Sehingga artikel ini di tulis ke tiga-tiga sayap UMNO sudah bergalang ganti pucuk pimpinan. Khairy, Sharizat dan Rosnah dan Shahanim Mohamad Yusoff masing-masing terpilih dengan kemengan bergaya.

Aneh sungguh kata-kata ini. Apa yangmenjadi isu yang dapat di lihat di sini ialah UMNO tanpa segan silu menyatakan mereka tersilap kerana membebaskan Anwar. Ternyata di sini kes Anwar Ibrahim sememangnya di bawah telunjuk mereka dan mereka juga lah yang berkuasa membebas atau memenjarakan mana-mana individu. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang ada 3 jenis mahkamah. Pertama mahkamah sivil, kedua mahkamah syariah dan ketiga mahkamah UMNO yang bidangkuasanya melampaui kedua-dua mahkamah tersebut.

Monday 23 March 2009

Dari Masjid ke Istana Negara

I

Dari Masjid ke Istana Negara

Manusia berbondong-bondong

Ada yang bertongkat ada yang berkerusi roda

Ada Pak Tua yang berbaju Melayu merah Jambu

Dia turun ke jalan raya bersama-sama rakyat terbanyak

Hatinya sayu mengenang Bahasa Ibundanya di henyak-henyak

Walau ditarik apa jua gelarannya

Yang menghamun dengan sindirannya

“Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua”

Dia tidak ambil pusing

Dia akan berjalan dari Masjid ke Istana Negara


II

Dari Masjid ke Istana Negara

Ada segerombolan orang asal Tanah Bertuah ini

Turut sama tersinggung bila orang besar di dalam kaca televisyen (Yang jarang-jarang dimilik oleh suku sakatnya)

Menyatakan perlu berbahasa penjajah jika mahu menjadi maju

“Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri” hujahnya

Pemimpin ini tidak sedar bangsa yang membunuh bahasa dan budayanya

Akan turut mati oleh lidah dan tangan-tangan mereka sendiri

Tanpa perlu benggali putih datang untuk kali kedua

Namun malang orang asal itu di halang ratusan anjing-anjing liar

Yang imannya hanya kepada tuannya

Meratah dan menyalak

Walau mahu berjalan dari Masjid ke Istana Negara


III

Dari Masjid ke Istana Negara

Ada anak-anak muda dan pak tua

Mengusung keranda 152

Tanda terbujur kakunya bahasa tercinta

Yang menyesakkan dada anak-anak di desa

Yang merunsingkan kepala anak-anak di kota

Walau yang sesak dada dan runsing itu anak bangsanya sendiri

Namun sang penguasa hanya sendat dan padatnya kepala

Dengan hijau ringgit dan teman-teman mabuknya

Keranda itu akan di usung dan akan di semadikan di pinggir pagar Istana

Biar anak bangsanya tatap dan talkinkan mayat itu

Kalau itu mahu sang penguasa durjana

Andai Keris mampu melihat semua ini

Pasti dia tersenyum tanda juangnya belum terpadam

Langit umpama memayungi anak-anak muda dan pak tua

Turut juga menitis air mata dari kaki langit dunia

Dari Masjid ke Istana Negara



IV

Lalu muntah cecair dan butir-butir kimia di tujah ke arah mereka

Layak medan perang di musuhi mereka

Benci dan jijik membusung di dada

Jangan biarkan seorang pun mara ke Istana

Hancur lah negara huru hara lah jadinya

Kalau dibiar orang-orang ini menyatakan hasratnya

Kepada payung dan penyatu rakyat jelata

Akan musnah lah negara akan leburlah nusa

Alasan jijik dan kotor menjadi syahadah mereka

Buat pejuang dan pencinta bahasa

Yang mahu berjalan dari Masjid ke Istana Negara



V

Biar pedih mata biar berpusing kepala

Biar sakit di luar biar perit jasad

Namun rakyat jelata sampai jua ke pagar Istana

Menghadap kepala Negara

Menyatakan dengan suci hatinya

Dasar ini hanya akan memusnah kan bangsa

Memamah setiap inci urat saraf nusa

Mengerat lidah-lidah bahasa

Konon mengejar syaitan bernama maju dan kuasa

Mereka berjaya merobohkan pecacai-pecacai yang mengangkang di jalan

Tidak sedikit pun gentar dan gusar hinggap di jiwa dan hati pejuang pecinta ini

Yang berjalan dari Masjid ke Istana Negara


V

Salut teman-teman ku

Salut komrad-komrad sekalian

Jangan takut jangan cabut

Anak bangsa dan cucu cicit mu

Tak kan marah datuk dan nenek moyang mereka

Mencipta sejarah buat tatapan generasi mendatang

Yang berjalan dari Masjid ke Istana Negara

Thursday 19 March 2009

Carutan Maghrib

Semalam ada teman mengingat untuk membuat buah tangan sempena himpunan bantah PPSMI itu hari

Aku bilang nanti dulu, nanti dulu

Buah yang baik ialah buah yang masak ranum

Aku bilang nanti dulu, nanti dulu

Belum boleh menulis kalau belum boleh membaca

Aku bilang nanti dulu, nanti dulu

Barang yang baik tak perlu gopoh-gopoh

Cermat dan teratur

Bagai menarik rambut dalam tepung

Rambut tak putus benang tak selerak

Aku bilang nanti dulu,nanti dulu

Jangan jadi penulis cari isi tembolok

Tak ada seni, tak ada nikmat

Bagai rokok yang sudah masuk angin

Kelat dan pudar rasanya

Aku bilang nanti dulu, nanti dulu

Nasihat yang baik mahal harganya

Bukan semudah yang disangka

Bukan hanya seindah mulut berbicara

Aku bilang nanti dulu,nanti dulu

Al Fatihah Buat aktivis PAS Ipoh


Siang tadi telah selamatlah pengebumian jenazah seorang aktivis PAS kawasan Gopeng,Ipoh Perak, Cikgu Ismail Jamail Bin Mohd Isa yang mesra dengan panggilan Pak Co dikalangan sanak saudara.

Jenazah di kebumikan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Pak Co menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang semalam (18 Mac 2009) sebelum waktu Maghrib.

Kenangan terakhir bersama beliau ialah ketika pulang ke Malaysia cuti semester yang lepas. Kami bermain Pintar Jawi(scrabble edisi jawi) yang direkacipta oleh beliau sendiri."Belum ada lagi orang buat. Pak Co sendiri yang buat ni. Siap dengan score sheet sekali" kata Pak Co. Sempat juga kami mengesyorkan agar Pak Co mempaternkan ciptaannya itu.

Ternyata arwah Pak Co sememangnya kreatif. Watak Pak Co yang sentiasa ceria sering menghidupkan suasana.

Semoga Tuhan sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya kepada roh Pak Co. Salut Pak Co

Monday 9 March 2009

7 Mac 2009 (puisi buat teman-teman di timur tengah yamg masih leka)

Jangan leka jangan lupa
Pejuang Bahasa dah ke jalan raya
Disambut mesra rakyat jelata
Tak lupa juga anjing di Raja

Ini bukan masalah tembolok
Bukan mahu untuk di olok-olok
Enam tahun berlalu tak siapa yang endah
Memang Gerombolan mencari padah

Rupa-rupanya beginilah cara menyelamatkan bahasa
Keluh Mat Bunga Bangsar Utama
Mata pedih kepala berpinar
Kulitnya tua jiwanya muda

Mengapa kamu masih membisu
Lupakah dikau tanggungjawab mu
Kehulu kehilir siang dan malam
Lena terjelepuk di bawah hiram

Ingat-ingat wahai sahabat
Engkau di sini bukan percuma
Eloklah beringat sebelum pulang
Menegur masyarakat yang tunggang langgang

Kita di sini hanya sementara
Persiapkan diri sebelum ke sana
Tanah air dan hari muka
Agar pulang mu tak sia-sia

Timur Tengah tanahnya gersang
Namun tak kering dek keringat pejuang
Merdeka dahulu jasa mereka
Tugas kita meneruskannya

salut buat teman-teman dan demonstran 7 Mac 2009

Sajak Tentang PPSMI


Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang,
sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.
(A. Samad Said - Sasterawan Negara)

Cahaya Dari Kaabah

Tuhan Maha Besar

Demi wujud-Mu

dan kudrat-Mu

Kau kirim seorang Pesuruh

membawa ajaran mulia dan terhormat

untuk umat manusia



Hari keramat 12 Rabiul Awal tahun Gajah

terpancar sinar dari Kaabah

segala pohon terdiam kaku

bukit-bukau sejuk nyaman

pandang pasir berbisik-bisik

Jabal Qabais menatap kasih

Aminah, perempuan suci Bani Quraisy

melahirkan seorang putera luar biasa

ialah junjungan kita, MUHAMMAD

1966

-Sasterawan Negara Sdr Usman Awang

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Allahumma Solli Ala Muhammad Wa ali Muhammad