Tuesday 18 August 2009

De salut PAS de salut

Kalau dulu saya ada beberapa kali singgah di gereja St. Peter di Jalan Hang Kasturi pada petang hari Ahad


membantu apa yang patut “Food Not Bomb”(FNB) memberi makanan percuma kepada golongan terabai Kota


Raya, pagi ini saya amat-amat terharu melihat paparan Harakahdaily(berita sila klik di sini), juga membuat aktiviti


yang sama di pejabat agung parti Islam terbesar Negara ini pada hari Jumaat.


Sememangnya saya menunggu-nunggu PAS akan tampil dengan aktiviti yang sedemikian sejak berpindah ke pejabat agung baru parti tersebut di Jalan Raja Laut.


Pendekatan yang seperti ini harus diteruskan dan disebarkan diseluruh Negara. Biar kita mendekati orang ramai.


Jangan tunggu orang ramai datng mencari kita. Apa-apa pun de salut PAS, de salut.

Wednesday 12 August 2009

Masih jauh perjalanan ini.


Saya penyokong tegar Gerakan Mansuh PPSMI(GMP). Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam jawatankuasa bertindak saya turut hadir dalam pelancaran gerakan tersebut dengan jemputan beberapa rakan yang terlibat secara langsung dengan GMP di hadapan SOGO di ibu kota ketika saya pulang cuti ke Malaysia bulan Januari lalu. Saya harap pihak MSD tidak memanggil saya kerana ini bukan gerakan radikal bawah tanah atau gerakan poltik atas tanah. Ini persoalan bahasa saya dalam mimpi saya dan bahasa ibunda saya.


Namun saya memang amat berdukacita kerana sewaktu demonstrasi GMP dijalankan saya sudah berada di Irbid. Perasaan sayu melihat Pak Samad pedih-pedih mata, seolah terasa sampai ke lubuk hati saya. Begini katanya cara memperjuangkan bahasa. Demnstrasi itu nampak berhasil apabia kerajaan setuju menamatkan dasar PPSMI walaupun bukan serta merta, namun berperingkat sehingga 2012. Syabas diucapkan kepada para demonstran yang sanggup turun ke jalan raya walaupun tiada nasi bungkus dan duit poket.


Apa yang menarik perhatian saya sepanjang dasar ini mula dipekenalkan sehingga dinaytakan untuk di tamatkan, muncul beberapa kumpulan atau pecahan-pecahan yang menykong dan menentang dasar berat sebelah ini.

1) Golongan yang sememangnya percaya dan tahu dasar ini membebankan rakyat, tidak praktikal dan salah dari perlaksanaannya. Mereka ini terdiri daripada golongang akademik yang membuat kajian, penyelidikan dan seterusnya mendapati dasar ini akan menghancurkan bahasa dan bangsa Melayu itu khususnya. Para sarjana dalam pelbagai bidang seperti sastera,kejuruteraan,falsafah,pendidikan, sains dan teknologi yang percaya Sains dan Matematik harus di ajar dalam bahasa Melayu tidak bercakap kosong dan melemparkan retorik semata. Malangnya, hasil kajian ini tidak dipandang sebelah mata pun oleh kerajaan.

2) Golongan aktivis. Terdiri daripada mahasiswa, anak-anak muda dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan ideologi. Mereka ini penggerak utama gerakan untuk memansuhkan PPSMI. Mereka menganjurkan forum, perbincanag meja bulat malah berdemo menyatakan perasaan dan fikiran mereka melalui pelbagai medium. Golongan ini menyedarkan masyarakat tentang apa yang sedang berlaku pada pendidikan dalam negara yang kita cintai ini. Golongan ini juga sering dicemuh kerana tidak sebulu dengan kerajaan, senasib denan golongan pertama tadi.

3) Golongan ketiga adalah golongan yang pro PPSMI. Mereka selalunya berlatarbelakang kan pendidikan Inggeris, tinggal di kawasan-kawasan perumahan mewah. Kadangkala susah juga ingin kita mendengar walau satu perkataan Melayu pun dari mulut mereka. Sesiapa yang pernah membaca cerpen “Penyambutan” dalam antologi cerpen Sasterwan Negara Shanon Ahmad “Debu Merah” dapat memahami jenis dan perangai golongan ini. saya namakan mereka ini golongan ibu bapa yang poyo.



4) Golongan seterusnya golongan diluar pagar. Golongan anak-anak era Mahathirism. Mereka ini terdiri dari golongan para pelajar berasaskan Sains dan Matematik (Perubatan,Farmasi,Kejuruteraan dan sebagainya) sama ada penuntut universiti luar mahupun dalam negeri. Mereka ini boleh juga dikatakan bakal meggantikan ibu bapa yang poyo satu hari nanti. Mereka memndang sinis rakan-rakan mahasiswa mereka dalam GMP. Bagi mereka amat mudah belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mengapa perlu diubah kepada Bahasa Melayu semula. Mereka merasakan apa yang diperjuang GMP hanya retorik politik yang mereka muak mengetahuinya. Bagi mereka ini 3K sudah mencukupi, Kelas,Kafe,Kolej (Asrama atau tempat tinggal). Selain dari 3K will be null and void.



5) Golongan terbawah munkin juga terbanyak dalam negara ku Malaysia adalah golongan yang tidak ambil pusing barang satu apa pun. Nak belajar Bahasa Melayu? Belajar. Nak belajar Bahasa Inggeris? Belajar. Malas belajar? Tidur. Lapar, ibu bapa masih memasak untuk ku. Buat apa pusing-pusing soal masyarakat. Janji perut kenyang sudah. Golongan harus disedarkan. Jangan mudah bersa senang dengan sekadar apa yang ada.

Saya meneliti, berbincang dan saya membuat kesimpulan.


1) Pertama GMP harus lebih kerja kuat kerana asar ini masih belum difahami oleh keseluruhan warga Malaysia kerana munculnya golongan-golongan yang tidak faham apa itu PPSMI.

2) Kalaupun dasar ini dimansuhkan pun, GMP harus pula memastikan Komponen sastera yang di ajar di sekolah-sekolah bukan mati segan hidup tak mahu. Bahas adalah inti kepada ketamadunan. Kalau Pro Syed Naquib Al-Attas sering menyatakan umat Islam kini sudah kehilangan adab maka bahasa juga adalah salah satu daripada komponen untuk adab dan peradaban itu.

3) Golongan yang masih sinis dengan GMP mulalah mencari maklumat dan fikirkan lah apa yang terbaik buan sahaja untuk perut dan tembolok sendiri. “No man is an island”. Belajar hidup bermasyarakat.

4) Kepada semua warga belajarlah untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.


Saya tidak membenci Bahasa Inggeris. “Animal Farm” dan “1984” karangan George Orwell antara novel kegemaran saya. Namun saya tidak pernah lupa “Salina” ( A.samad Said),” Debu Merah” (Shanon Ahmad), “Saudagar Besar dari Kuala Lumpur” (Keris Mas). Saya juga bukan pentaksub bahasa Inggeris. Saya merasakan warga negara Malaysia harus mengetahui lebih dari 2 bahasa. Kajian sebuah university terbuka di United kingdom mendapati dalam masa 10 tahun lagi Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa nombor 3 terpenting sesudah Bahasa Sepanyol dan Bahasa Mandarin. Belajarlah 1000 bahasa pun. Namun pastikan kita kenal dan memahami jatidiri kita.

Monday 10 August 2009

I’m no photographer......


Butir-butir yang dulu hanya bak embun kini sudah menganak sungai

Tiada lagi kata yang mampu tubuh sial ini katakan melainkan

“Pergi jahanam dengan cinta”

Puing-puing angin panas Irbid seperti mengerti bahawa hati ini juga panas

Panas kerana diri ini dikhianat

Panas kerana hati ini terasa berbirat

Panas kerana hati ini memang PANAS

Kau begitu memudah membuang


Sambil menghisap sebatang rokok arab bercap orang puteh

Diteman sebotol dua air-air kecewa

Aku bertanya di mana silapnya

Mungkin memang nasib ku ini masih belum habis dipatuk sial

Mungkin nasib ku ini seibu dan sebapa dengan nasib bangsa ku yang belum sudah-sudah bercakar dan berkelahi

Mungkin ini sahaja yang mampu aku beritahu seluruh dunia

Aku memang binatang jalang dari kumpulan terbuang


Kau pernah berkata manis

Ingin sehidup semati

Ingin membina mahligai

Ingin membina istana

Namun apa yang kau ngobrol kan itu tak ubah seperti politikus-politikus keparat

Yang datang 5 tahun sekali saat menagih-nagih undi pak tani

Ingin memberi tanah dan ladang

Namun bila sudah memeluk kuasa yang ada hanya sepak dan terajang

Kerana zikirnya hanya wang,wang wang dan wang…


Mengapa manusia sekejam ini..

Mudah memberi janji mudah juga memungkiri

Hatu ini terus luka dan meleleh darah pekat

Saat kau reka 1001 alasan yang sarat

Tapi pada hakikatnya itu semua alasan untuk kau melepas diri

Ingin lari daripada janji


Entah lah sampai bila harus aku merana

Mungkin sehingga tertegaknya adil dan benar di bumi ini

Yang sering sahaja dihenyak-henyak pemuka-pemuka

Yang sering juga bermuka-muka


Maaf sayang..

I’m no photographer

Saturday 8 August 2009

Jangan jadi ibu bapa yang poyo!!!!

Berita ini amat-amat mengecewakan saya. Selaku anak saya tak kan mengaku ini adalah ibu dan bapa saya. Sememangnya mereka yang tinggal di kawasan-kawasan ini memang orang Malaysia yang nak jadi lebih putih dari orang puteh. Yang nak bermadam dan ber mister. Mereka ini memang ibu bapa yang poyo!!!!!!!!!!!